‘Contact Lens’, Punca Mata Buta Jika Lakukan 4 Kesilapan Ini

Dari kerana mata yang mempunyai kuasa…

Mesti ada yang pernah dengar kan lagu ni? Sebagai seorang wanita pasti mahu tampil cantik kerana ia akan meningkatkan keyakinan diri anda di hadapan orang lain. Makeup,pakai bulu mata palsu dan kanta lengkap sudah menjadi rutin buat wanita yang ingin kelihatan menarik. Bercakap sahaja tentang pemakaian contact lens memang sudah menjadi trending pada zaman kini. Ia mampu menambah seri wajah si pemakai dengan kanta lengkap yang berwarna. Tapi adakah anda menjaga kebersihan dan melakukan langkah-langkah yang betul ketika memakainya?

Related image

Sumber:thecompletereview

Kesilapan pertama yang mungkin anda sering terlepas pandang adalah, tidak membasuh dan mengeringkan tangan dengan betul. Anda perlu tahu bahawa tangan anda bahagian yang mudah dijangkiti bakteria, kerana saat anda menyentuh segala barang, anda tidak tahu sama ada ianya bersih atau tidak. Sebelum memakai kanta lengkap, pastikan tangan anda dibasuh dan dikeringkan, ini kerana jika tangan anda masih dalam keadaan yang basah mikroorganisma akan berpindah ke mata saat anda meletakkan kanta lengkap.

Image result for pretty eyes

Sumber: eluxe

Awas! Jangan pakai kanta lengkap terlalu lama, kerana ia cenderung membuatkan mata anda kering dan mudah iritasi. Pastikan anda memakainya mengikut yang disarankan untuk mengelakkan mata menjadi pedih dan merah. Menurut Association of Malaysian Optometrists, kajian mendapati sebanyak 57 peratus pemakai kanta lengkap lebih lama daripada diarahkan. Lepas ni take note ye!

Image result for sakit mata

Sumber: IDN

Bila dah penat terus tertidur, eh lupa nak tanggalkan contact lens. Jangan macam tu bahaya tau, kerana pemakai akan terdedah kepada risiko untuk terkena jangkitan mata kecuali kanta lengkap yang telah disarankan oleh doktor untuk kegunaan siang dan malam. Bukan itu sahaja, mandi memakai kanta lengkap juga akan menyebabkan jangkitan mata yang serius dan mengancam penglihatan. 4 kesilapan ni adalah punca yang berisiko untuk anda menjadi buta, demi keselamatan dapatkan nasihat daripada pakar mata yang bertauliah. Dengarlah nasihat dari mereka.

Apa yang penting pastikan anda membeli contact lens daripada jenama yang boleh dipercayai. Nak lagi selamat beli je di Guardian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: amo

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna