‘Contact Lens’, Memang Mata Cantik Tapi Kena Tahu 8 Penjagaan Yang Betul

10 haribulan Oktober merupakan Hari Penglihatan Sedunia, Eh? Hari ni la kan?

Rasanya penggunaan kanta lengkap mata bukanlah asing kerana ramai di kalangan kita menggunakannya. Cuma kami ingin memberi peringatan kepada orang ramai cara penjagaan contact lens sebelum, semasa dan selepas menggunakannya. Bukan apa, kami takut jika ada yang tidak tahu cara penjagaan yang betul, ia akan memberi kesan buruk pada mata sehingga boleh menyebabkan hilang daya penglihatan.

via GIPHY

Mulalah salahkan contact lens, padahal diri sendiri tak jaga betul-betul. Jadi, kami ingin senaraikan 8 syarat penjagaan yang betul yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antaranya…

  1. Basuh dan keringkan tangan dengan sabun sebelum memegang kanta lengkap.
  2. Guna larutan pencuci kanta lengkap yang disarankan oleh optometris.
  3. Gosok kanta lengkap untuk memastikan tiada mikroorganisma terlekat.
  4. Jika kanta lengkap jatuh, pastikan cuci dengan air larutan kanta lengkap semula.
  5. Tempoh luput larutan pencuci kanta lengkap yang sudah dibuka adalah 3 bulan.
  6. Kanta lengkap yang terendam lama dalam bekas haruslah ditukar sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
  7. Buang larutan rendaman setiap kali kanta lengkap dipakai dan gantikan air larutan yang baru.
  8. Jangan sesekali menggunakan air paip atau air suling yang dibuat sendiri untuk mencuci kanta lengkap.

Simple kan? Tapi percayalah, tak ramai yang tahu. Harap selepas ni siapa yang pakai contact lens, jangan main letak je kepingan kanta pada biji bola mata. Sayangilah biji mata anda yang tak ada jual di mana-mana kedai runcit.

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

‘Trick’ Untuk Si Pemakai Cermin Mata ,

Ramai Yang Salah Cara Guna Cream Bawah Mata, Bukan Main Sapu Je Tapi.

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna