‘Confirm’ Lemak Dan Berkilat! Ini Tip Paling Senang Masak Pulut Kuning

Teringin nak makan pulut kuning? Kebiasaanya pulut kuning ni akan dihidangkan dalam majlis atau perayaan tertentu sahaja kerana ia bukanlah makanan rutin. Tapi biasalah, kadang-kadang tekak ni akan mengidam sesuatu masakan yang datang tanpa diduga.

Takut nak masak sendiri sebab tak sedap. Eh jangan macam tu, belum cuba belum tahu! Sebenarnya mudah sahaja jika anda tahu cara masak yang sebenar. Jadi hari ini Donna kongsikan kepada anda tip masak pulut kuning yang sedap dan pastinya berlemak.

  • Untuk kekalkan ia berkilat rendam 1 kilogram pulut.
  • Elakkan guna beras pulut susu. Gunakan beras pulut biasa untuk dapatkan pulut cantik.
  • Selepas masukkan santan anda tidak perlu tanak semula.

Image result for pulut kuning"

Sumber: thevocket 

Bahan-bahan

  • 1 Kilogram pulut biasa
  • 1/2 halia untuk wangikan pulut
  • 5 helai daun pandan
  • 300 gram santan segar pekat
  • 2 cawan air panas
  • Gula dan garam secukup rasa.

Cara Penyediaan

Masukkan beras bulut, taburkan halia yang telah dicincang halus. Tutup dan kukus selama 15 hingga 20 minit, apabila masak keluarkan pulut ke dalam bekas besar dan tuang santan ke dalamnya. Jangan risau jika pulut anda kelihatan berkuah, kacau sehingga pulut menyerap campuran santan tadi. Kacau pulut kuning sehingga rata, tekan dan ratakan pulut dalam bekas tadi. Biarkan selama 15 minit untuk dapatkan pulut yang cantik dan sedap.

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Trick Memasak Paling Sempoi Buat Mak-Mak Yang Sibuk Bekerja

Wajib Try Street Food Di Kuala Lumpur Sedap  Murah!

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: daridapur

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna