Comel! Pasangan Suami Isteri Ini Sering Muncul Di Khalayak Memakai Baju Sedondon

Walaupun usia meningkat, kasih sayang antara suami dengan isteri perlu dipupuk bahkan sentiasa diperbaharui.”
Sebenarnya semakin tua pasangan suami isteri itu mereka semakin ingin dibelai dan dijaga dengan baik serta penuh kasih sayang. Mungkin ketika umur sebegitu sudah ada yang malu untuk berjalan berpegangan tangan dengan lelaki atau wanita yang pernah mengharungi susah senang bersama selama bertahun-tahun. Apa pun umur anda dan pasangan kelak selalulah bersyukur dan menghargai pasangan yang sentiasa ada di sisi.
Cuba cipta kembali kemanisan seperti saat anda berdua dilamun cinta. Ketika itu warna baju, jenis kasut dan beg juga seakan sama dan senada kan? Kenapa tidak teruskan amalan sebegitu sehingga hari ini? Tahu kah anda itu antara cara anda boleh perlihatkan kasih sayang kepada pasangan. Tidak perlu malu dengan kata-kata sinis orang sekeliling kononnya akan kelihatan seperti kanak-kanak atau remaja purba sedang hangat bercinta.

Seperti pasangan warga emas Tsuyoshi dan Tomi Seki daripada Jepun ini telah menjadi tular selepas kehidupan mereka yang comel dipaparkan dalam portal yahoo beberapa tahun lalu. Pasangan ini dilihat menghabiskan baki kehidupan penuh kasih sayang kerana sering muncul dikhalayak dengan berpakaian seakan sedondon. Pasangan ini akan pastikan mereka sentiasa memakai pakaian yang saling melengkapi antara satu sama lain. Bagi mereka dengan berpakaian sebegini mereka boleh perlihatkan bagaimana sebuah pasangan itu sedang bahagia dan dilamun cinta setiap hari.

Pasangan ini telah berkahwin selama 38 tahun sejak 11 Mei 1980 dan mempunyai pengikut yang agak tinggi di laman sosial dikenali sebagai @bonpon511 kerana keunikan mereka. Nama yang digunakan dilaman sosial tersebut adalah gabungan nama pasangan ini ketika kecil manakala angka 11 adalah tarikh perkahwinan mereka. Idea mewujudkan laman sosial ini adalah daripada anak perempuan kesayangannya. Pada mulanya foto mereka hanya dimuat naik di laman sosial peribadi anaknya. Setelah mendapat komen yang positif, maka wujud lah laman sosial mereka berdua sendiri.

Sumber Foto: instagram bonpon511

Mereka mula mengenakan pakaian sebegini sejak 2016 selepas bersara. Menurut kedua-dua pasangan ini, sebelum ini atas kesibukan kerja dan menguruskan keluarga mereka tidak ada masa untuk sering bersama dan bergembira.

“Kami ingin tunjukkan kepada masyarakat, walaupun sudah bersara dan tua, setiap pasangan perlu tahu cara untuk menggembirakan hati atau bagaimana cara untuk meneruskan kehidupan yang bahagia. Sebelum ini mungkin kami tidak berkesempatan kerana sibuk dengan urusan zaman mudah. Ini peluang kedua kami untuk bergembira,” ujar pasangan serasi ini.

Jom lihat foto-foto pasangan ini yang sangat comel mengenakan pakaian seakan saman.

Sumber Foto: instagram bonpon511

 

Sumber: theguardian

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna