Cipta Kelainan, Jom Sahur Hidangan Ala-Ala Mat Saleh

Hidangan Croque Madame Muffin adalah menu yang tepat jika anda inginkan sedikit kelainan ketika bersahur. Roti yang dibentukkan seperti muffin dan dicampurkan bersama keju, telur dan rencah lain sebagai perasa tambahan mampu menukar hidangan sahur anda seperti hidangan ala-ala mat saleh.

Apa yang penting penyediaannya sangat mudah dan percayalah ianya juga sungguh lazat!

Bahan-bahan

Sos

4 Sudu besar mentega Anchor

1 Cawan tepung gandum

3/4 Cawan susu cair

3 Sudu kecil mustard

1/2 Sudu kecil serbuk pala

1/4 Keju dikisar halus

Garam dan Lada hitam secukup rasa

Muffin

6 Keping roti

3 Sudu besar mentega Anchor dicairkan

2 ½ Sosej dipotong nipis

6 Biji telur

Cara penyediaan

Panaskan Anchor Butter dalam kuali dengan suhu sederhana. Masukkan tepung dan kacau sehingga ia menjadi pes yang lembut. Tutup api dan sejukkan selama dua minit letakkan susu dan pukul adunan secara konsisten. Letakkan semula ke atas api, dan masukkan mustard dan serbuk pala, kacau selama 10 minit untuk mengelakkan sos menjadi hangit. Setelah tekstur sos menjadi pekat, letakkan keju yang telah dikisar halus. Jika terlalu pekat, tambahkan susu.

Panaskan ketuhar suhu 175 °C. Sapu roti dengan mentega, letakkan ia dalam bekas muffin. Masukkan sosej yang telah dipotong, dan diikuti dengan telur. Letakkan sos keju di atas, dan taburkan keju dan lada hitam. Bakar selama 15-20 minit. Sesuai dihidangkan semasa muffin masih panas.

Bahan-bahan untuk memasak menu ini boleh didapati di pasaraya Giant berdekatan anda. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna