Cikgu Kongsi Kisah ‘Face Mask’ Murid Kotor & Berjahit

Sejak 1 Ogos lalu, kerajaan telah melaksanakan undang-undang baru tentang penggunaan wajib bagi penggunaan face mask. Mana tidaknya, peningkatan kes baru COVID-19 sejak 3 minggu lepas amat membimbangkan ramai.

Tidak terkecuali pelajar sekolah turut diwajibkan memakai face mask apabila berada di sekolah. Mulalah ramai yang menjual face mask. Kalau bernasib baik, dapatlah beli face mask harga murah. Kalau tak, terpaksa beli yang mahal.

via GIPHY

Perkongsian seorang cikgu tentang anak muridnya dan face mask…

Harganya tetap menjadi isu di mana tak semua keluarga mampu membeli face mask walaupun penggunaanya wajib.

Begitulah perkongsian dari salah seorang cikgu, Fazri Hassan yang membuat perkongsian kisah anak muridnya dan face mask menerusi laman twitter miliknya.

Bukan seorang tapi ramai sebenarnya!

Tambahnya lagi, bukan seorang murid saja tapi rupanya murid lain ada juga yang tukar baharu selepas dua hingga tiga hari pakai sampaikan kalau guna filter pun face mask jadi begini rupa, alahai kesian…

Dah tukar face mask baru…

Bagaimanapun, pihak sekolah dan guru berusaha memberi keselesaan yang terbaik bagi pelajar mereka semasa menimba ilmu dengan menukarkan  pelitup muka murid dengan yang baharu dan siap sedia pelitup muka percuma bagi murid yang tidak berkemampuan.

Mujur ada pihak sekolah dan cikgu yang prihatin. Fazri turut mengingatkan orang ramai ini  ini hanyalah sekadar kisah anak didikannya tapi mngkin juga boleh terjadi pada murid murid cikgu yang lain.

Semoga anak-anak kecil yang ke sekolah dilindungi daripada wabak berjangkit ini.

 

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Purdah & ‘Face Mask’, Sama Ke?

Anda Kena Tahu Dekat Mana Kita Dibolehkan Buka ‘Face Mask’

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna