China Seronok Bebas COVID-19, Pasar Wuhan Kembali Jual Daging Eksotik Besar-Besaran

Selepas tiga bulan penularan wabak Koronavirus (COVID-19) yang bermula di pasar Wuhan sehingga menyebabkan seluruh dunia terkena wabak ini, akhirnya China berjaya mengecap zero cases selepas kerajaan mereka melaksanakan dua bulan perintah berkurung.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Kesihatan Negara China berkata sudah lima hari tiada kes baru dilaporkan cuma semalam seramai 9 orang dilaporkan mati akibat wabak ini. Jadi, seluruh rakyat China boleh melakukan rutin harian mereka seperti biasa.

Sumber: xinhuanet

Pasar Wuhan kembali beroperasi…

Tapi apa yang menjadi persoalan, apakah Pasar Wuhan kembali beroperasi? Menurut laporan Daily Star, daging haiwan liar dan eksotik yang dikaitkan dengan punca tercetusnya wabak berbahaya ini dijual secara terbuka semula di bandar berkenaan seawal 28 Mac lalu.

Tak cukup dengan itu, di Dongguan pula, penjualan kelawar dipromosikan besar-besaran oleh penjual perubatan tradisional seperti sebelum tercetusnya koronavirus. Ini kerana, bagi meraikan kemenangan memerangi COVID-19 selepas beberapa bulan ditutup.

Bukan itu sahaja, haiwan lain seperti anjing, kucing, katak dan kala jengking antara yang tersedia untuk disembelih mengikut kehendak pengguna.

Cuma apa yang membezakan pasar basah Wuhan dibuka kali ini dengan sebelum penularan wabak Covid-19 iaitu kehadiran pegawai penjaga yang menghalang orang ramai untuk mengambil gambar bagi mengelakkan daripada perkara ini terus menular di internet.

Apa yang menambah kebimbangan orang ramai lagi adalah rakyat China dibenarkan untuk melancong ke luar negara bermula awal April ini.

Sumber: marketwatch

Di saat satu dunia tengah berperang melawan wabak Covid-19 apabila kes positif semakin meningkat setiap hari, negara asal tercetusnya wabak ini iaitu China mengambil sikap tidak rasional.

Harap pihak kerajaan China mengambil tindakan sewajarnya sehingga keadaan seluruh negara reda dan tiada lagi kes Koronavirus dan kerajaan Malaysia menyekat kemasukan rakyat China buat masa ini.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ada Apa Dekat Pasar Basah Wuhan Sampai Timbul Wabak Koronavirus?

Dijangkiti COVID-19, Keluarga Ini Hiburkan Hati Dengan Main TikTok Di Hospital

 

 

 

Sumber: FMTHM

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna