Che Ta & Anak Tak Pernah Tak Cantik! Kat Jepun Pun Jadi..

Orang dah mampu, apa salahnya lakukan apa sahaja yang dihajati, tak ke begitu?”

Rozita Che Wan (Che Ta) dan keluarga baru sahaja pulang dari bercuti di Jepun bersempena ulang tahun kelahiran anak gadisnya, si comel Aaisyah Dhia Rana yang ke-4 tahun. Setiap tahun, selebriti jelita ini pastinya meraikan hari lahir ahli keluarganya dengan sesuatu yang istimewa. Selepas tular dengan kisah anak daranya jatuh sakit dan isu sambutan ulang tahun Aaisyah memakai kostum ‘ikan duyung yang seksi’ Che Ta sedikit pun tidak melatah lantas mengambil keputusan terus membawa birthday girl dan keluarganya terbang ke destinasi percutian yang dapat menggembirakan Aaisyah.

Donna kongsikan beberapa keping gambar percutian Che Ta dan Aaisyah di Jepun.

Sumber Foto: instagram rozitachewan

Orang dah mampu, apa salahnya lakukan apa sahaja yang dihajati, tak ke begitu? Percutian Che Ta bersama suami, Zain Saidin, dua anak bujangnya dan Aaisyah tidak sah tanpa gambar-gambar cantik yang dikongsikan di Instagramnya juga keluarganya yang lain. Tengok gaya dan fesyen pakaian mak serta anak gadis ini memang buat ramai makan hati. Kepada Aaisyah Dhia Rana, tidak terlambat rasanya team Donna ingin ucapakan selamat ulang tahun kelahiran!

 

 

Sumber Foto: instagram aaisyahdhiaarana

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna