Currently Browsing: Kecantikan
Muka cantik, kulit dah gebu tapi bila tengok betul-betul muka dekat cermin, ish ada misai pula! Sebagai seorang wanita, penampilan dan imej amat penting untuk tampil kekal berseri dan sentiasa nampak cantik di mata orang lain. Donna pasti ada diantara anda yang pernah ditegur oleh rakan-rakan disebabkan ada misai di wajah, memang nampak tak ‘cool’ langsung okay! Bila dah kena tegur, mula la anda rasa tak yakin nak berhadapan dengan orang lain, nanti kalau cukur takut tumbuh lebih lebat pula.
Bagi yang jenis tak menjaga rambut tu? Hm, lagilah tak ambil tahu langsung tentang penjagaan dan juga punca kerosakkan rambut mereka. Tak boleh macam tu sebenarnya sebab kalau anda nak tahu, rambut anda rosak berpunca daripada diri kita sendiri.
Walaupun bulu ketiak antara bulu yang tak popular macam bulu lain seperti rambut, bulu kening, bulu mata dan bulu kaki tapi ia adalah salah satu bulu yang boleh buat mood pasangan kita kelaut kalau dia dah mula memanjang dan menebal.