Cari ‘Me Time’, Nana Mahazan Kongsi Cara Kurangkan Stres

Hari Wanita Sedunia tahun ini disambut pada 8 Mac iaitu Ahad lalu dan menariknya untuk tahun 2020 ini, kebanyakan restoran makanan ringan turut menghargai pengorbanan wanita dengan memberi diskaun khas kepada semua pelanggan wanita.

Baru-baru ini pula, penyanyi Akademik Fantasia musim pertama, Nana Mahazan tampil dengan langkah baru apabila dia membuat talk di Bengkel 3S kepada wanita agar mengubah cara fikiran mereka untuk keluar dari dunia negatif dan lebih mencintai diri sendiri. Bengkel ini dianjurkan sempena Hari Wanita Sedunia oleh Nana Mahazan Beauty.

Tak mudah jadi perempuan

Menurut Nana, memang tak mudah untuk menjadi seorang wanita yang mempunyai pelbagai emosi dan pada masa yang sama perlu menggalas pelbagai tanggungjawab. Dia yang memiliki dua cahaya mata sangat faham perasaan ibu-ibu yang bekerja dan yang menjadi suri rumah kerana dirinya pernah berada pada dua situasi itu.

Menurut Nana, ketika dia menjadi suri rumah sepenuh masa selama beberapa tahun, dirinya sering timbul dengan perasaan geram, fade-up, penat, malas, rasa nak mengamuk, marah semua ada! Tapi, jalan penyelesaian bagi kesemua perasaan ini adalah dengan mencari cara bagaimana untuk hilangkan perasaan tersebut.

“Kalau saya dulu, saya cari jalan penyelesaian dengan mengambil tukang gaji untuk meringankan kerja saya dan kembali bekerja semula dalam dunia industri selepas bertahun lamanya saya berehat. Bukan apa, saya rasa saya tak boleh duduk rumah sebab rasa terkurung dan itu menyebabkan saya stres!

Suri rumah dan wanita bekerjaya sama je penat!

Itulah juga membuatkan saya salute kepada wanita yang boleh menjadi suri rumah sepenuh masa dalam tempoh yang sangat lama tapi bukan bermakna saya nak cakap yang wanita bekerjaya ni tak penat.

Penat juga tapi buat apa kita nak berlumba siapa lagi penat menguruskan kehidupan seharian? Rugi je. Lebih baik kita fikir macam mana nak jadi wanita hebat,” katanya ketika bercakap dalam sebuah majlis sharing session.

Ubah mentaliti

Nana turut menambah, untuk menjadi wanita hebat mereka perlu melakukan beberapan perubahan dalaman. Antaranya adalah hindar dari perasaan negatif misalnya merasakan diri tidak bagus kerana setiap individu ada kelebihan  dan keunikan mereka sendiri.

Malah, tiada siapa tahu apa yang mereka lalui untuk orang lain nampak diri mereka kelihatan hebat. Dalam majlis sharing session ini, Nana turut berkongsi beberapa senarai supaya semua wanita yang hadir pada majlis tersebut mengubah mentaliti mereka dengan cara…

  1. Elakkan sifat iri hati dengan wanita lain.
  2. Menghargai diri dan menerima kelemahan diri.
  3. Jangan ada sikap berlumba-lumba siapa lagi hebat.
  4. Cari waktu ‘me time’ untuk cari keseronokkan dan kepuasan untuk diri.
  5. Sentiasa keluarkan aura positif dengan bercakap yang baik-baik seperti memuji diri sendiri.

“Kalau anda semua nak tahu, me time saya ketika dalam kereta buat live di sosial media atau sewaktu mandi. So, anda semua kena cari me time untuk rasa bahagia. Tak kisahlah aktiviti apa pun.

Paling penting, cuba wujudkan sesi pillow talk dengan pasangan apa yang anda rasa supaya tak rasa beban dalam hati. Mungkin dari situ, boleh jumpa jalan penyelesaian untuk diri kita lebih bahagia,” katanya.

Kesimpulannya di sini, bila dah berumah tangga, suami isteri perlu bekerjasama, bertolak ansur dan saling bantu membantu dalam institusi rumah tangga supaya diri rasa lebih dihargai, disayangi dan kurang stres.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Teknologi Makin Hebat! Jom Lihat Idea Buat Bisnes Khas Untuk Suri Rumah

Suri Rumah Atau Ibu Bekerjaya Lagi Penat?

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna