Bau Rumah Harum Dengan Hanya Cara Mudah Ini

Apa? Mak mertua nak datang? Ha, perkara yang pertama sekali anda akan lakukan adalah memastikan bau rumah adalah segar dan wangi. Bau rumah amat penting dalam penjagaan persekitaran. Cantik macam mana pun rumah anda, kalau rumah bau kepam, masam, tengit atau bau yang menyedihkan. Seri kecantikkan rumah terus hilang! Puff! Buat penat je dekorasi rumah cantik-cantik.

Yang lagi teruk tu, dari luar rumah dah berbau semacam! Aduh! Kalau masuk dalam rumah lagi pekatlah bau dia. Padahal, setiap hari dah kemas rumah, dah sembur pewangi, dah buka tingkap tapi tetap bau!

Sumber: internet

Ingat ni apa yang Donna nak katakan, tidak kiralah berapa kali anda menyapu rumah, menyembur wangian dan berapa lama pun anda menyental lantai untuk hilangkan segala kotoran. Kalau tak kena gaya, takkan menjadi!

Jadi, Donna akan kongsikan tip bersama pembaca-pembaca wanita di luar sana, cara untuk memastikan bau dalam rumah anda sentiasa wangi. Tak kiralah, di dapur, bilik tidur, bilik air ataupun ruang tamu. Donna akan kongsikan!

Ruang tamu

Karpet – Kalau rumah Donna, Donna tak suka letak karpet sebab karpet punca utama rumah cepat bau. Contoh, bila air manis tertumpah atas karpet, kalau tak sental dengan betul, habislah bau masam lepas 2 jam. Tapi, kalau anda jenis yang sukakan karpet, pastikan setiap hari sental karpet untuk buang pasir dan jika tertumpah sesuatu, terus cuci karpet dengan bersih-bersih. Selain itu, seminggu sekali jemur karpet dan ketuk untuk buang kotoran.

Pewangi –  Sembur pewangi di ruang tamu pada setiap jam. Seeloknya, ada tempat pewangi yang dapat mengharumkan ruang tamu untuk udara kekal segar dan harum. Lebih-lebih lagi zaman moden sekarang ni, guna je teknologi untuk harumkan rumah.

via GIPHY

Tingkap – Pastikan tingkap dan pintu bahagian ruang tamu sentiasa terbuka untuk pengaliran udara yang bagus. Kadang bila tak ada pengudaraan keluar masuk, udara rumah akan jadi kepam dan lemas. Lagi-lagi waktu panas tengah hari, silalah buka segala tingkap dekat rumah.

Dapur

Tong sampah – Pernah tak dah buang sampah dalam rumah tapi rumah tetap berbau sampah juga? Maknanya, tong sampah dalam rumah anda perlu di basuh. Hanya gunakan serbuk penaik soda, pencuci  dan sental. Jika boleh, cuci tong sampah anda selepas anda buang sampah di luar.

Ketuhar – Zaman moden sekarang kebanyakan makanan akan dipanaskan dalam ketuhar. Misalnya, sup, ayam, makaroni keju dan lain-lain lagi. Maksudnya dalam ketuhar anda beratus-ratus jenis makanan di panaskan sehingga segala bau telah bercampur. Jadi, cucikannya dengan lap dengan kain basah dan biarkan ia terbuka selama 10 minit.

via GIPHY

Cadar – Cuba anda fikir semula, dah berapa lama cadar anda tidak bertukar. Sebulan? 2 bulan? Tak ingat? Aduhai… Lepas ni Donna minta tukar cadar 2 minggu sekali. Cadar ni kalau lama-lama tak tukar, ia akan mengundang bau hapak, busuk dan kelihatan lebam.

Sinki – Selepas anda mencuci pinggan mangkuk, adakah anda cuci sinki anda? Mesti jarangkan? Mungkin salah satu punca rumah anda berbau adalah disebabkan dari kotoran sinki. Terlekat air-air kotor di tepi sinki atau terdapat kesan lumut hijau. Cucikannya dengan pencuci pinggan dan bersihkan dengan air bersih.

via GIPHY

Bilik tidur

Cadar – Cuba anda fikir semula, dah berapa lama cadar anda tidak bertukar. Sebulan? 2 bulan? Tak ingat? Aduhai… Lepas ni Donna minta tukar cadar 2 minggu sekali. Cadar ni kalau lama-lama tak tukar, ia akan mengundang bau hapak, busuk dan kelihatan lebam.

 

 

 

Sumber: GH

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna