Cara Untuk Dapatkan Hubungan Yang Sihat Dengan Pasangan

Bercakap pasal hubungan yang sihat, bukan bermaksud sesebuah hubungan perlu melakukan aktiviti senaman sihat. Tapi, hubungan yang kurang mengalami pertengkaran, saling memahami dan setia. Masalah hubungan bukan saja berlaku dalam kalangan pasangan suami isteri, kekasih atau adik beradik tetapi dengan kawan juga.

Malangnya, ramai di antara kita tidak tahu bagaimana untuk mendapat keharmonian dengan pasangan kerana kebanyakan mereka berfikir asalkan pasangan menerima mereka seadanya, itu sudah memadai. Walhal, banyak perkara lain lagi yang perlu dititik berat supaya kasih dan sayang dalam sesebuah hubungan sentiasa mekar.

Mari ikuti beberapa panduan yang akan Donna kongsikan bersama anda untuk dapatkan hubungan yang sihat atau mungkin anda boleh semak adakah anda sedang menjalani hubungan yang sihat atau pun tidak.

Saling memaafkan

Mana-mana hubungan akan berlaku perselisihan faham sehingga menyebabkan pertengkaran dan memerlukan kemaafan dari dua blah pihak. Biasalah manusia, tak lari dari melakukan kesilapan dan bila dah melakukan kesilapan, ayat “saya minta maaf” dengan nada yang lembut sajalah yang boleh mengubati hati pasangan yang luka.

Tapi minta maaf pun kena ada masa yang sesuai. Elakkan meminta maaf ketika emosi pasangan anda tidak stabil. Biarkan sejam dua, barulah meminta maaf dan ajak berbincang untuk mendengar luahan hati masing-masing. Selesaikan masalah dengan cara yang damai.

via GIPHY

Komunikasi

Ingat! Bila sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang, komunikasi dengan pasangan adalah sangat penting. Malah, statistik mahkamah syariah mencatatkan, isu komunikasi berada di kedudukan ketiga teratas dengan peratusan kes sebanyak 13 peratus selepas isu akhlak (40 peratus) dan isu tidak bertanggungjawab (23 peratus).

Jadi, apa yang boleh mereka ini lakukan untuk dapatkan hubungan yang sihat dengan cara berkomunikasi? Caranya adalah:

  1. Bertukar pendapat
  2. Jujur dengan pasangan
  3. Sentiasa mengucapkan bait-bait manis
  4. Berkongsi cerita sedih atau pun gembira
  5. Bertanyakan khabar pasangan sihat atau tidak, makan ke belum.
  6. Elakkan melemparkan kata-kata yang boleh menguriskan hati pasangan

Nampak mudah dan senang tapi, tidak ramai yang boleh melakukan.

Susah senang bersama

Elakkan menanggung bebanan seorang diri. Misalnya, jika anda mempunyai masalah kewangan, pekerjaan atau emosi tidak stabil, kongsikan bersama pasangan. Mungkin pasangan anda ada caranya tersendiri untuk membantu anda. Apa guna pasangan jika anda yang menangung bebanan seorang diri?

Tiga elemen ini sangat penting dalam hubungan. Jom semak diri adakah hubungan anda merupakan hubungan yang sihat?

 

 

 

Sumber: LS

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna