Sayur Dimakan Ulat, Bukan Lagi Tanda Bebas Kimia

Sayur-sayuran memainkan peranan penting dalam diet pemakanan manusia yang menyediakan sumber nutrien yang banyak, termasuk kalium, serat, asid folat dan vitamin A, E & C. Nutrien dalam sayur-sayuran amat penting untuk kesihatan dan penjagaan badan kita. Kebanyakan sayuran mempunyai kadar lemak dan kalori yang rendah tetapi mempunyai kandungan serat yang tinggi dan merupakan sumber penting vitamin dan mineral. Pengambilan sayur-sayuran dalam diet kita dapat mengurangkan risiko kepada pelbagai penyakit seperti kanser, strok, penyakit kardiovaskular, dan penyakit kronik yang lain.

Namun begitu, sebelum menyediakan menu sayur dalam hidangan anda, pastikan sayur yang anda beli adalah bebas dari racun makhluk perosak. Anda juga perlu pastikan sayur-sayuran tersebut selamat dimakan dari aspek kebersihan dan kandungan zat makanan. Maka cara memilih, cara menyimpan dan cara menyediakan sebagai hidangan mestilah betul untuk memastikan kebersihannya terjamin dan kandungan zat makanannya tidak terjejas.

  • Sayur-Sayuran Di Basuh Bersih Terlebih Dahulu

Sumber Foto: Google Image

Dengan membasuh sayuran dapat mengurangkan kesan racun perosak yang terdapat di permukaan daun atau batang sekitar 20 peratus. Kesan racun perosak dilapisan sayur-sayuran tidak dapat dihilangkan sepenuhya. Cuba rendam terlebih dahulu sayur-sayuran anda dengan larutan air garam selama setengah jam. Anda juga boleh mencuci sayuran menggunakan sabun khas yang bersifat semulajadi dan tidak bahaya untuk manusia.

 

  • Dapatkan Sayuran Hidroponik Lebih Baik

Sumber Foto: Google Image

Kaedah penanaman hidroponik dibuat dalam kawasan yang tertutup dengan jaring untuk menghalang serangga perosak. Oleh itu penggunaan racun makhluk perosak adalah minima atau tiada langsung. Sebagai panduan untuk mengenal sayur itu adalah tanaman hidroponik adalah dengan melihat akar yang panjang dan tiada kesan tanah. Kini di pasaraya, sudah banyak menjual sayuran hidroponik dengan harga yang berpatutan.

 

  • Mendapatkan Bekalan Dari Pertanian Organik.

Sumber Foto: 123rf.com

Kaedah tanaman organik di hasilkan secara semula jadi tanpa menggunakan sebarang jenis bahan kimia dan racun perosak. Kaedah hanya menggunakan baja organic tanpa campuran. Hasil pertanian organik adalah sedikit mahal berbanding dengan sayuran yang dihasilkan secara tanaman biasa. Ini kerana tanpa penggunaan baja dan racun perosak, hasil yang diperolehi adalah amat rendah. Tapi kenapa nak berkira untuk dapatkan harga sayuran sedikit mahal jika hasilnya kesihatan anda lebih baik.

 

  • Hati-Hati Pilih Sayur-Sayuran Yang Ada Kesan Ulat Atau Serangga.

Sumber Foto: 123rf.com

Orang-orang tua selalu pesan, jika ingin beli sayur boleh cari yang sedikit berlubang kesan gigitan serangga atau terdapat ulat sedang menjamu selera. Ini menandakan sayur-sayuran tersebut bebas kimia.  Namun, teori itu tidak boleh digunakan sepenuhnya, kerana ada pakar makanan berpendapat, ulat atau serangga hari ini sudah imun dengan kesan penggunaan racun seranggan. Maka, mahkluk ini mungkin akan terus hidup walaupun telah diracun.

 

TIP SIMPAN SAYUR-SAYURAN AGAR KEKAL SEGAR

Sumber Foto: Google Image

Sekiranya mempunyai peti sejuk, semua jenis sayur-sayuran perlu disimpan di bahagian bawah atau bahagian khas untuk sayur-sayuran. Sayuran hijau perlu dibasuh dahulu dan disimpan di dalam kotak plastik, peti sejuk atau dibalut dengan kertas supaya ia sentiasa segar. Sekiranya anda tidak mempunyai peti sejuk, sayur-sayuran boleh juga diletakkan di tempat yang dingin dan redup di bahagian dapur. Elakkan menggunakan beg plastik sekiranya tidak ada peti sejuk untuk mengelakkan sayur-sayuran menjadi layu. Kentang, keledek, labu dan bawang pula hendaklah disimpan di dalam bilik yang agak gelap dan sejuk. Anda juga boleh menyimpan di dalam bakul rotan atau beg tali agar lebih tahan lama dengan pengudaraan yang betul.

 

 

Sumber: myliferia bacaterus

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna