Cara Pilih Sepatu Tinggi Yang Tepat Agar Kaki Tak Sakit

Wanita yang memakai kasut tinggi memang kelihatan anggun dan berkayakinan ketika berjalan.”

Namun ada harga yang perlu dibayar untuk kecantikan itu kerana kasut bertumit tinggi seringkali menjadi punca utama kepada pelbagai masalah kaki yang dialami wanita seperti sakit belakang. Begitu juga dengan masalah osteoartritis, terutama pada lutut, kesakitan, penyakit kemerosotan sendi dan kemusnahan kartilaj pada lutut. Memakai kasut tumit tinggi bagi tempoh yang lama boleh mengakibatkan otot betis menjadi pendek sepanjang masa walaupun ketika berehat. Oleh itu, sebelum membeli atau memakai sepatu tinggi, sebagai seorang wanita yang prihatin dengan tahap kesihatan kaki, anda perlu ikuti beberapa saranan ini.

  • Elakkan Membeli Sepatu Tinggi  Secara Dalam Talian

Sumber Foto: Google Image

Setiap kasut yang ingin dibeli perlu dicuba terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan membelinya. Elak membeli kasut dalam talian tanpa dicuba. Mungkin Nampak cantik dan selesa pada kaki orang lain, namun bukan pada kaki anda. Anda perlu tahu sama ada saiz dan potongan kasut benar-benar sesuai dengaan kaki. Saiz yang sepatutnya dipilih adalah kasut yang muat sebaik disarungkan, namun masih memberi ruang untuk jari kaki bergerak babas dan tidak terhimpit sehingga menyeksakan. Apabila kasut terlalu sempit ,kaki boleh melecet dan lama kelamaan bentuk tulang jari kaki akan berubah dan menjadi cacat. atau dikenali juga dengan jemari ‘hammer‘. Ramai model dan selebriti terkenal yang mengalami masalah ini.

 

  • Sepatu Tinggi Perlu Punya Posisi Betul Kepada Kaki

Sumber Foto: massagemag

Paling penting adalah posisi kasut berkenaan selari dengan tapak kaki bagi memberikan keselesaan. Tumit kasut sepatutnya berada betul-betul di bawah tulang kaki ,bukannya di belakang kaki seperti yang sering ditonjolkan beberapa jenis kasut tinggi.

 

  • Kasut Murah Selalunya Kurang Sesuai Untuk Kesihatan Kaki

Sumber Foto: businesstoday.in

Jika boleh, anda elakkan diri daripada membeli kasut yang terlalu murah kerana besar kemungkinan ia diperbuat daripada plastik. Kasut sebegini akan menyebabkan kaki berpeluh dan kasut terasa seperti ‘mengikis’ kulit kaki hingga melecet. Maka kesihatan kaki anda akan terjejas kadangkala hingga menyebabkan risiko lain yang lebih teruk. Jika anda mempunyai penyakit kencing manis, pastikan memakai sepatu yang selesa dan elakkan kaki anda tercedera akibat kasut yang tidak sesuai.

 

  • Elak Kaki Cedera Akibat Sepatu Tinggi

Sumber Foto: filipinotimes.net

Sekiranya sepatu tinggi anda jenis yang agak keras dan sering menyebabkan tumit melecet, cuba letakkan pelapik daripada jenis fabrik suede di bahagian belakang kasut. Atau anda boleh cuba letakkan kusyen tapak kaki yang mengandungi gel lembut bagi mengurangkn kesan hentakan pada tapak kaki terutama sekiranya tapak yang dibeli itu nipis.

 

  • Pulih & Rehatkan Kaki Selepas Pemakaian Sepatu Tinggi

Sumber Foto: webmd.com

Namun jika penggunaan sepatu tinggi menyebabkan kaki sakit hingga bengkak dan tapak kaki terasak dicucuk, rendam kaki dalam air sejuk dipenuhi ais bagi mengurangkan rasa sakit. Cara ini dapat melegakan kaki yang cedera dan kepenatan tau. Bagi mendapat kesan maksimun ,rendamkan kaki kira-kira 15 minit untuk mengurangkan bengkak. Sebelum tidur sapukan krim bagi melembutkan kulit kaki sekaligus mencegah kulit kaki daripada pecah dan melecet.

Ingat tau, penjagaan kecantikan dan kesihatan seorang wanita bukan hanya terletak pada wajahnya sahaja, tetapi keseluruhan badan dari rambut hingga ke hujung kaki.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: freemalaysiatoday.com happytripper

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna