Cara paling Mudah Untuk Maksimumkan Kebolehan Si Kecil

Tinggalkan seketika dunia orang dewasa, begitu juga dengan telefon bimbit. Tumpukan lebih banyak perhatian kepada si kecil jika anda mahukan mereka menjadi bijak dan berguna untuk masa hadapan.”

Sel-sel otak kanak-kanak akan berhubung dalam kadar yang pantas jika diransang dengan baik! Maka disebabkan itu, adalah penting untuk anda sebagai ibu bapa atau penjaga memaksimumkan kebolehan si kecil setiap hari, terutamanya dalam fasa umur begini. Tidak semestinya dengan membaca buku sahaja boleh menjadikan si kecil bijak tetapi dengan cara bermain dan meluangkan masa bersama mereka. Walau apa pun anda cuba terapkan pada si kecil, kunci utama adalah bermula dari diri anda sendiri. Luangkan sedikit masa dengan anak anda setiap hari. Tinggalkan seketika dunia orang dewasa, begitu juga dengan telefon bimbit. Tumpukan lebih banyak perhatian kepada si kecil jika anda mahukan mereka menjadi bijak dan berguna untuk masa hadapan. Sebagai ibu bapa, anda seharusnya menunjukkan contoh yang baik padanya, barulah anak anda mudah untuk mengikut apa yang anda mahukan. Jangan lupa, anak adalah cerminan diri anda sendiri. Jika semuanya tidak bermula dari anda, usaha untuk menyuruhnya melakukan apa sahaja akan berakhir dengan kegagalan. Jadilah contoh yang terbaik untuk si manja anda.

 

AJAK SI KECIL BERMAIN & BERIMAGINASI

Kanak-kanak bermain dan imaginasi adalah sesuatu yang saling berkait rapat. Kalau nak tahu mereka banyak belajar menerusi aktiviti bermain dan berimaginasi. Imaginasi si kecil kadang-kadang melangkaui jangkaan dan itu dapat membuktikan bahawa anak anda sangat bijak. Di antara individu yang paling memberi kesan terhadap imaginasi kanak-kanak ialah mereka yang paling rapat dengannya, iaitu ibu bapa atau penjaga. Mereka menggunakan imaginasi untuk mencari penjelasan kepada beberapa perkara yang sukar untuk difahami dalam kehidupan.

Sumber Foto: 123rf.com

Bagi membantu anak berimaginasi dengan baik, ibu dan ayah mesti rajin memperkenalkan anak pada permainan kreatif atau bercerita kepada mereka. Jangan tinggalkan anak bermain bersendirian. Anak-anak mesti selalu ditemani ibu atau ayah ketika bermain tapi janganlah kita mengatur bagaimana seharusnya cara mereka bermain. Sementara bagi kanak-kanak yang sudah pandai membaca, pendekatan lebih kepada penerangan dan cerita yang lebih jelas tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kanak-kanak pada usia ini mempunyai perasaan ingin tahu yang amat tinggi serta akan mencari sesuatu yang mantap untuk diimaginasikan.

 

JOM LUANGKAN MASA DI ‘THE PARENTHOOD’

Sumber Foto: theparenthood.com.my

Luangkan masa dan bawa si kecil anda untuk bermain dan berimaginasi di ‘The Parenthood’. Khusus untuk seisi keluarga Taman Keluarga London Street di Malaysia menyediakan pelbagai kemudahan, perkhidmatan, permainan, pengetahuan dan produk di bawah satu bumbung. Reka bentuk dan warna-warna menarik menghiasi segenap ruang lokasi ini. Ia turut dilengkapi Big Ben, bas London berwarna merah, bendera Britain, kotak surat merah, deretan kedai menarik yang berlatar belakangkan istana Inggeris sememangnya mengimbau kenangan manis seperti berada di kota London sebenar.  The Parenthood adalah taman keluarga pertama seumpamanya yang menyediakan tempat khusus buat ibu bapa dan si kecil untuk belajar, bermain sambil berhibur serta berimaginasi.

 

 

Semuanya di bawah satu bumbung, taman tertutup ini membolehkan anda menjalinkan hubungan berkualiti dan ruang pembelajaran yang progresif antara ibu bapa dan si manja berusia di bawah 12 tahun. Lebih menarik, ketika anak sibuk dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan bersifat pendidikan, ibu bapa boleh menyertai si kecil pada bila-bila masa untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan.

Dapatkan tiket masuk ke The Parenthood – Taman Keluarga London Street di Malaysia dengan harga penjimatan hebat melalui pembelian di sini .

 

 

Sumber: Hamparan Seni

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna