Cara Nak Cari Bakal Suami Atau Menantu Lelaki ‘Material’

Donna yakin, masih terdapat lagi wanita yang seusia Donna yang masih lagi single. Mana tidaknya, memilih pasangan hidup bukanlah satu perkara yang boleh dibawa main. Kena pilih betul-betul dan Donna amat menggalakkan wanita yang masih single di luar sana, tak mengapa untuk jadi wanita yang memilih dalam memilih pasangan hidup sendiri, untuk kebaikan diri kita juga.

Bukan apa, kita nak hidup dengan dia dalam tempoh yang lama, bukan setahun dua. Tapi, bukan Donna minta untuk jadi wanita yang memilih sangat sampaikan nak memenuhi ciri-ciri lelaki 100 peratus macam watak hero dalam novel. Memang tak akan wujud lah deknon!

Oleh itu, Donna ingin berkongsi tip bagaimana meniliti seorang lelaki yang boleh dijadikan suami. Bukan dari segi paras rupa atau kewangan saja tapi, hebat dari dalaman juga. Malah, mungkin panduan ini boleh juga diguna pakai ketika memilih menantu lelaki, ahaks!

Ingat ye! kewangan dan paras rupa saja tidak membawa kebahagian dalam sesebuah rumah tangga. Perlu ada aspek lain juga, ihiks! Antaranya….

Berpengetahuan

Tidak mengapa jika anda ingin mengambil masa sedikit untuk mengenal pasti kelemahan dan kelebihan calon pasangan. Sebaiknya, anda melihat aras pengetahuan dia. Kalau boleh, biarlah seorang ketua keluarga mempunyai aras fikiran yang lebih tinggi dari kita. Tak nak lah nanti, kita pula yang menjadi ketua keluarga.

Sumber: internet

Lagipun, kan seronok bila bersembang, anda dan pasangan boleh bertukar ilmu dan dalam pada masa yang sama tahap pengetahuan anda pun meningkat tapi, bukan nak kena pilih lelaki yang tahu semua benda, sekurang-kurangnya dia mengetahui banyak perkara. Misalnya, berpengetahuan dalam ilmu agama, tahu menguruskan kanak-kanak, pandai memasak, tahu menguruskan kewangan dan lain-lain lagi.

Personaliti

Apa yang Donna nampak pada wanita zaman sekarang ni, mereka lebih gemar memilih lelaki yang mempunyai ekonomi yang kukuh dan rupa paras yang helok! Tapi, yakinkah anda dua perkara ini boleh membuat anda bahagia selamanya? Oh! Tidak sebenarnya.

Sepatutnya anda melihat cara dia berkomunikasi dengan orang, tahap kesabarannya, ketinggian egonya dan cara dia mengawal emosi amarahnya. Jika boleh, carilah lelaki yang tidak mudah melenting atau naik tangan. Jangan risau, dua sikap ini anda boleh lihat selepas 6 bulan bersamanya.

Cara menyelesaikan masalah

Dunia perkahwinan terlalu banyak ujian dan dugaan yang mendatang. Malah, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah mengatakan ujian dalam perkahwinan akan berubah-ubah setiap 5 tahun fasa perkahwinan. Bergantung kepada pasangan sama ada boleh menyelesaikannya atau pun tidak.

Jadi, dalam memilih pasangan ni, bukan saja yang pandai membuat hati anda cari dengan kata-katanya tetapi, lihat cara dia menyelesaikan masalah apabila ada ujian mendatang. Adakah dia mengambil keputusan yang matang atau cepat ‘melatah’ seperti kanak-kanak lelaki.

Itulah antara ciri-ciri lelaki yang boleh dijadikan seorang ketua keluarga atau menantu lelaki. Buatlah pilihan yang tepat okay!

 

 

 

Sumber: LS

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna