Cara Mudah & Berkesan Singkirkan Mata Panda

Kesibukan dalam kehidupan harian boleh menjadi punca anda kurang mendapatkan rehat yang secukupnya. Sebab itulah banyak yang bising bila ada lingkaran hitam bawah mata.

Kesan yang popular dengan gelaran ‘dark circle’ ini memang sering menjadi musuh kebanyakkan wanita. Once, bila dah muncul, alahai susah betul nak hilangkan kesannya!

Mesti ramai wanita di luar sana yang bertungkus lumus berusaha untuk menghilangkan mata panda ini kan? Well, apa sahaja yang belum kita sapu? Eye serum? Eye cream? Eye mask? itu pun susah benar nak nampak hasilnya.

via GIPHY

Lastly, tepeklah segala jenis foundation yang sesuai untuk menyorokkan kesan hitaman itu. Haih, kesan inilah yang membuatkan diri nampak lebih tua daripada usia.

But, wait! Jangan risau ladies, Donna ada terjumpa satu ‘resepi’ viral yang hanya menggunakan dua bahan sahaja! Tidak perlu lagi anda beli produk-produk yang banyak dan penggunaan yang leceh. Jom kita tengok apa dua bahan itu?

Satu perkongsian di laman Facebook milik Puan Aisyah Badar Bajrai mengenai rawatan atau petua untuk menghilangkan dark circle yang mendapat perhatian ramai.  Bahan yang pertama adalah mendapatkan gel Aloe Vera. Nak dapatkan gel Aloe Vera ini mudah sahaja, hanya perlu membuat pembelian di Waston atau Guardian.

Foto:shopee.com.my

Bahan yang kedua pula adalah kapsul minyak vitamin E. Untuk mendapatkan kapsul minyak Vitamin E ini mudah sahaja. Sama seperti Aloe Vera Gel, anda boleh mendapatkan di kedai seperti yang disebutkan tadi.

Foto:www.idntimes.com

Gaulkan dua sudu Aloe Vera gel dengan dua kapsul minyak vitamin E yang telah digunting. Gaulkan sehingga ia menjadi sejenis pes yang berwarna putih. Alright done!

Next, cara memakainya pula adalah sapukan pes tadi pada bahagian bawah mata dan biarkan kering. Pastikan anda mengamalkan langkah ini setiap hari. Anda semua akan nampak kesan yang lebih kepada positif selepas dua minggu.

Jika anda sedang mencari langkah yang lebih mudah untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata, jom klik di sini.

 

 

 

 

 

 

Sumber:www.yoy.my

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna