Guna Cara Ini, Pasangan Pasti Berhenti Merokok

Setiap wanita pasti inginkan pasangan yang tak merokok. Iyalah, kalau pasangan merokok mesti badan berbau! Nak bermanja pun kadang potong mood.

Sumber: american heart association

Meminta pasangan untuk berhenti merokok bukan perkara yang mudah kerana tabiat merokok sudah menjadi rutin harian mereka. Anda memerlukan kesabaran yang tinggi dan tidak jadikan isu merokok punca pergaduhan atau perpisahan.

Oleh itu, Donna akan kongsikan bersama anda cara yang lembut untuk minta pasangan anda berhenti merokok. Yang penting, anda perlu sabar. Kalau tidak, hentikan saja angan-angan itu!

Menerangkan

Apa yang utama sekali, anda harus mengetahui keburukan dan kelebihan merokok. Jangan risau, tak ada langsung kelebihan menghisap rokok, ahaks!

Tapi, anda perlu mengetahui fakta sebatang rokok. Barulah anda boleh menerangkan kepadanya kesan buruk merokok. Nanti bila pasangan anda membidas point anda, anda sudah tahu apa yang perlu dijawab.

Sumber: unsplash

Walau pun mereka kelihatan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Percayalah! 6 daripada 10 point anda pasti dapat memberi kesan pada dirinya.

Lemah-lembut

Lelaki lebih sukakan belaian dan kata-kata yang lemah-lembut. Ketika menegur, pastikan anda bercakap dengan lembut, sopan dan tidak mempunyai kata-kata kesat. Ingat! Elakkan isu merokok menjadi pergaduhan yang serius.

Sumber: couple expert

Gunakan cara gurauan atau kongsi dengan mereka kesan merokok terhadap orang sekeliling. Misalnya, minta mereka membaca isu-isu tentang kesihatan kanak-kanak terhadap asap rokok.

Penting sekali, banyakkan bersabar, pasti ada hasil.

Cadangan

Untuk meminta perokok berhenti merokok secara tiba-tiba adalah perkara yang mustahil. Apa kata, anda berikan mereka sokongan dengan menyatakan beberapa cadangan seperti mengurangkan sebatang setiap kali seminggu.

Hadiah

Sumber: unsplash

Untuk lebih efisyen, berikan pasangan anda ganjaran jika pasangan anda berjaya mengurangkan tabiat merokok. Mungkin kepada pasangan suami isteri anda boleh beri ganjaran di atas katil, ihiks! 

Motivasi

Bila anda dan pasangan sedang berbual kosong di kafe atau di rumah, minta pasangan anda menyenaraikan kelebihan dan kekurangan jika dia meneruskan dan berhenti tabiat merokok.

Sumber: unsplash

Mungkin tindakan ini dapat membuka mata mereka betapa teruknya kesan merokok. Selain itu, jika mereka gagal melakukannya juga, elakkan daripada mengkritik tetapi, ingatkan pada mereka esok masih ada untuk cuba berhenti.

Pergaulan

Cuba bawa pasangan anda bergaul dengan orang yang tidak merokok atau keluar ke tempat yang dilarang merokok seperti menonton wayang, berjalan-jalan dalam pusat beli belah atau pergi ke tempat yang tertutup.

Serba sedikit boleh mengurangkan tabiat merokok mereka.

Sumber: unsplash

Donna harap, usaha yang dikongsikan ini lambat-laun dapat membuat pasangan anda berhenti merokok. Selamat mencuba!

 

 

 

 

Sumber: livestrong

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna