Cara Mencuci Pakaian Ini Dengan Betul Selepas Memakainya

Tahukah anda, pakaian yang tak dicuci sebenarnya mampu buatkan tubuh anda mendapat pelbagai penyakit seperti selsema dan demam? Bukan apa, Donna yakin pasti ada di antara kita mempunyai habit selagi tak kotor pakaian tu, selagi tu pakai. Lebih-lebih lagi kalau pakaian yang kita pakai dekat rumah untuk tidur saja.

Oleh itu,  pengarah peralatan rumah dan makmal produk pembersihan di Institut Rumah Tangga Australia, Carolyn Forte akan kongsikan bersama anda panduan membersihkan 5 jenis pakaian ini dengan bersih selepas memakainya.

Baju putih

Untuk mengekalkan pakaian putih anda dari bertukar warna kuning atau warna lain, pastikan anda asingkan pakaian putih dengan pakaian bewarna lain ketika mencuci.

Sumber: GH

Selain itu, pastikan penggunaan sabun basuh yang bagus supaya dapat menghilangkan kotoran dan bakteria. Agak leceh tapi untuk menjaga pakaian, haruslah memberi usaha lebih sedikit.

Baju tidur

Jika anda sering mandi sebelum masuk tidur, Forte, menyarankan untuk membasuh baju tidur selepas tiga kali penggunaan melainkan jika ketika tidur anda berpeluh, pastikan cuci pada selepas menggunakannya.

Sumber: GH

Selain itu, cara membasuh baju tidur haruslah berpandukan pada bahagian belakang tag baju kerana setiap fabrik mempunyai cara basuhan yang berbeza.

Bra

Bra adalah pakaian yang amat penting bagi setiap wanita. Jadi, anda perlu membasuhnya selepas pakai lebih-lebih lagi jika anda mengalami peluh yang teruk. Kalau tak basuh, masamlah bau bra tu! Euw!

Sumber: GH

Cara terbaik untuk membasuh bra adalah menggunakan tangan saja tapi jika anda ingin menggunakan mesin basuh, Forte menegaskan untuk mengasingkan bra dengan pakaian lain dengan menggunakan beg jaring.

Itulah antara cara membasuh pakaian dengan betul. Lebih-lebih lagi baju yang mempunyai fabrik yang agak sukar  dijaga dan mudah rosak. Selamat mencuci!

 

 

 

 

Sumber: GH

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna