Cara Memasak 5 Jenis Muruku!

Sedapnya muruku ni, macam mana la dorang buat! Dorang guna bahan apa?”

Kalau kerepek adalah makanan tradisional orang Melayu, Murukku pula adalah makanan tradisional kaum India di mana resipinya berasal dari India Selatan. Malah, diterima oleh semua kaum di Malaysia kerana rasanya yang sedap, rangup dan harganya berpatutan.

Jadi, pasti anda semua ingin tahu apakah rahsia bahan yang membuatkan murukku ini menjadi kegilaan orang ramai terutamanya apabila menjelang perayaan Deepavali. Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan anda semua, Murukku ini mempunyai 5 jenis! Antaranya adalah;

Marukku Reben

Sumber: blogspot

Bahan-bahan

  1. 1 cawan tepung beras
  2. 1 cawan tepung kacang kuda
  3. 1 1/2 sudu teh serbuk cili merah
  4. 1/4 sudu teh Asafoetida
  5. 1 sudu teh mentega
  6. 110 ml air putih
  7. Garam secukup rasa
  8. Minyak masak

Cara membuat

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam sebuah mangkuk dan gaul sehingga rata (kecuali air).
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli dan pastikan doh tidak terlalu kering atau terlalu basah.
  3. Masukkan doh ke dalam acuan murukku dan tekan membentuk reben.
  4. Rehatkan acuan yang sudah di jadikan reben dia atas dulang.
  5. Panaskan minyak dan masukkan doh bentuk reben ke dalam kuali untuk digoreng sehingga berwarna sederhana perang.
  6. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Omapodi

Sumber: upgrademyfood

Bahan-bahan

  1. 1/4 cawan tepung beras
  2. 1 cawan Tepung Kacang Kuda
  3. 1/4 sudu kecil Asafoetida
  4. Garam secukup rasa
  5. 1 sudu kecil mentega
  6. 100 ml air putih
  7. Minyak untuk menggoreng
  8. Kacang tanah dan kacang hijau yang sudah digoreng.

Cara membuat

  1. Masukkan semua bahan ke dalam sebuah mangkuk dan gaul sehingga rata (kecuali air dan 2 jenis kacang)
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli dan uli sehingga doh tidak melekit.
  3. Kemudian, masukkan doh ke dalam acuan murukku.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali sehingga menggelegak.
  5. Tekan doh ke dalam minyak panas dan goreng sehingga berwarna sederhana perang.
  6. Selepas sejuk, masukkan 2 jenis kacang goreng dan kacau dengan perlahan supaya tidak hancur.
  7. Simpan dalam bekas kedap udara.

Murukku Jintan Manis

Sumber: amarujala

Bahan-bahan

Bahan A

  1. 1 bungkus tepung muruku 400g ,digoreng tanpa minyak
  2. 2 sudu besar bijan, digoreng tanpa minyak
  3. 1 sudu besar jintan manis
  4. 1 sudu teh jemuju (boleh letak jika suka)
  5. 2 sudu besar serbuk rempah kari daging
  6. ½ sudu teh soda bicarbonate.
  7. Garam secukup rasa.

Bahan B

  1. 3 sudu besar marjerin atau minyak sapi,cairkan
  2. Santan – mengikut adunan doh,ketika menguli (adunan doh kental)

Cara membuat

  1. Campur semua bahan A di atas dan gaul hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan marjerin atau sapi yang telah dicairkan.
  3. Gaul adunan hingga menjadi seperti serbuk roti.
  4. Buat lubang di tengah adunan dan masukkan santan sedikit demi sedikit.
  5. Uli adunan hingga menjadi doh yang kental dan jadikan kepada beberapa ketul doh yang kecil.
  6. Rehatkan doh selama ½ jam.
  7. Masukkan doh ke dalam acuan maruku dan pusing di dalam minyak yang panas.
  8. Masukkan daun kari dan goreng terendam hingga kekuning-kuningan.
  9. Akhir sekali, sejukkan muruku dan simpan dalam bekas kedap udara.

Murukku Bawang Putih

Sumber: nely’s kitchen

Bahan-bahan

  1. 1 cawan tepung beras
  2. 2 cawan tepung kacang kuda
  3. 5 tangkai cili kering
  4. 10 ulas bawang putih yang sudah dikupas
  5. Garam secukup rasa
  6. 1 sudu besar mentega
  7. 50 ml air putih
  8. Minyak untuk digoreng

Cara membuat

  1. Cili kering dan bawang putih dikisar halus
  2. Masukkan semua bahan dan bahan kisar ke dalam mangkuk dan gaulkan sehingga sebati (kecuali air).
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga doh tidak terlalu kering atau tidak terlalu basah.
  4. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan doh untuk di rehatkan di atas dulang.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali dna masukkan muruku ke dalam kuali dan goreng sehingga berwarna sederhana perang.
  6. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Butter Murukku

Sumber: indiankhana

Bahan-bahan

  1. 1 cawan tepung beras
  2. 1 sudu tepung kacang kuda
  3. 1 sudu besar tepung Pothukadalai (fired gram powder)
  4. Secubit Asafoetida
  5. Garam secukup rasa
  6. 100 ml air putih
  7. Minyak untuk menggoreng

Cara membuat

  1. Masukkan semua bahan ke dalam sebuah mangkuk dan gaul sehingga rata (kecuali air)
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga doh tidak melekit.
  3. Masukkan doh ke dalam acuan muruku dan tekan di atas dulang.
  4. Panaskan minyak dan goreng muruku yang sudah direhatkan sehingga berwarna sederhana perang.
  5. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Sumber: rasa

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Comments

    • Effiey
    • 8 August 2019
    Reply

    Maaf yaa….Asafoetida tu apa ya?

      • Afiqa Sarif
      • 9 August 2019
      Reply

      Asafoetida tu adalah serbuh pewarna dan perasa. Awak boleh dapatkan di mana mana kedai rempah ratus india 🙂

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna