Cara Kekal Produktif Walaupun PKPB Dilanjutkan

Jumaat minggu lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan buat kali ke-empat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di lanjutkan sehingga 9 Jun.

Cuma kali ini, sedikit berbeza kerana beberapa sektor ekonomi dibuka secara berperingkat mengikut statistik pesakit baru COVID-19 pada setiap hari.

Cara produktif…

Kesan daripada keputusan pihak kerajaan ini, mungkin ada sesetengah golongan berusia sudah berasa tepu dan  rutin harian dah tak produktif. Salah satunya disebabkan, tiada atau kurang face-to-face communication kerana pergerakan agak terhad sampaikan kesunyian menyerang.

Jadi, kami ada beberapa nasihat dari perkongsian seorang Pakar Perubatan Geriatrik dari Universiti California, Professor Louise Aronson. Antara saranan beliau adalah…

  1. Pastikan setiap hari pola pemakanan diamalkan seperti biasa iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Pada sebelah petang pula, digalakkan makan snak yang berkhasiat. Paling penting elakkan makanan ringan atau dan kuantiti yang tidak berlaku pembaziran.
  2. Seterusnya, lakukan jadual harian yang baru supaya setiap jam ada perkara yang terisi dengan perkara yang berfaedah. Misalnya, cuba masak menu baru, membaca atau membuat pergerakan ringan di rumah untuk megeluarkan peluh supaya dapat beri kesegaran pada badan.
  3. Elakkan bersendirian. Hal ini kerana bila kita bersendirian mulalah pelbagai perkara kita fikir sampai boleh overthinking. Itu yang menimbulkan gaya hidup tak sihat. Sebaiknya, kalau nak bersendirian lakukan perkara yang anda minat. Tak kisahlah kalau skrol media sosial sekali pun.
  4. Berkomunikasi dengan kawan, saudara atau adik beradik sekurang-kurangnya sehari sekali. Kalau orang tak menghubungi anda, apa salahnya kita hubungi orang untuk ajak berbual. Tidak dapat dinafikan suasana video call tu berbeza tapi serba-sedikit dapat mengurangkan kesan buruk kesihatan mental.

via GIPHY

Kesimpulannya, makan makanan berkhasiat, bersenam, jangan lupa untuk ada me time dan berbual adalah rutin yang digalakkan dalam PKPB ni.

Semoga penularan wabak COVID-19 ni makin berkurang supaya kita semua dapat melakukan rutin harian seperti biasa.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ramadan Musim PKP Ni, Jom Buat Kuih Tepung Pelita Sendiri!

Buat Penggemar Pedas, Anda Patut Baca Fakta Kesihatan Ni!

 

 

 

 

 

Sumber: MetroLS

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna