Cara Goda Suami Atas Katil Paling Best

Menjadi isteri yang hebat di ranjang membahagiakan para suami. Jangan tak percaya, lelaki sering berimaginasi dan membayangkan pelbagai teknik ataupun aksi panas yang boleh dilakukan bersama isterinya.”

Hubungan intim yang ideal akan memberi pengaruh yang positif bukan sekadar untuk kesihatan fizikal bahkan mental juga. Ia akan memberi kedamaian jiwa, ketenteraman diri dan yang paling utama rasa sayang kepada pasangan. Namun apabila usia hubungan makin lama, sibuk bekerja atau tuntutan hidup seharian menjadikan pasangan suami isteri mengabaikan hubungan intim yang sepatutnya menyeronokkan sebaliknya sebagai rutin. Lebih menyedihkan ada pasangan suami isteri mula renggang dan tidak lagi menuturkan kata-kata manis seperti awal bercinta tatkala sibuk mengejar urusan dunia yang lain.

Hubungan intim juga mulai pudar, hanya si suami yang mulakan langkah pertama dan mengakhirinya. Adakalanya pasangan sendiri tidak mengetahui, apakah pasangannya sudah betul-betul puas ataupun tidak mencapai apa-apa kepuasan sewaktu melakukan hubungan intim. Terutamanya wanita, anda terlalu malu dan berahsia untuk menyuarakan pendapat mengenai aktiviti intim sampaikan suami tidak tahu apa yang anda inginkan. Jangan malu untuk bertindak terlebih dahulu. Kalau nak tahu lelaki sering berfantasi wanita bertindak terlebih dahulu menggoda mereka sehingga ke kamar. Anda boleh cuba idea ini malam ini tau!

via GIPHY

 

Suami Mahu Isteri Yang Memulakannya

Sumber: Google Image

Kebanyakan isteri mungkin berfikir bahawa hubungan ranjang suami isteri hanya boleh dimulakan oleh si suami. Sedangkan, ramai juga suami yang mengharapkan si isteri yang memulakan langkah pertama sehingga keinginan untuk melakukan hubungan intim terasa lebih seimbang. Tak jadi masalah pun jika anda yang memulakan dan mengakhirinya, sama seperti yang sering dilakukan oleh suami anda setiap malam. Pilih hari tertentu dalam seminggu anda yang mengawal semuanya. Jangan terkejut suami tersenyum hingga ke pagi.

Kumpul Kostum Watak Pelbagai

Setiap bulan jika ada bajet lebih, ajak suami anda mencari pelbagai kostum pakaian menarik untuk digunakan pada malam hari. Anda boleh bawa dan melakonkan pelbagai watak yang digemari suami. Untuk lebih menyenangkan anda, beli sahaja kostum tersebut di dalam jualan online.

Suami Juga Mahu Kata-Kata Berbaur Seksual Daripada Isteri

Ketika berasmara, si suami juga mengharapkan adanya kata-kata berbaur seksual daripada isterinya. Selain itu, ada di antara suami yang mahu isterinya berterus-terang tentang bahagian mana yang dirasakan paling asyik untuk dinikmati dan juga sebaliknya. Perkara ini dianggap penting bagi sang suami demi memberikan kepuasan yang sebaik mungkin buat isterinya. Sekali sekala ungkap kata-kata nakal dan berbau lucah. Ia pasti mencipta kelainan.

Beritahu Suami Apa Yang Sebaiknya Dia Lakukan

Sumber Foto: bet.com

Walaupun lelaki mempunyai keinginan serta nafsu yang kuat ketika diranjang, itu tidak bermakna sang suami tahu apa yang anda mahukan. Jadi, sebab itulah, sebagai isteri sebaiknya anda beritahu suami apa yang perlu dilakukan ketika di ranjang suami isteri. Anda boleh melakukan komunikasi secara verbal ataupun melalui bahasa tubuh, terpulang kepada keselesaan anda. Kalau anda suka diperlakukan sebegitu, beritahu suami. Jika sebaliknya, anda perlu beritahu juga. Takut nanti makan hati seorang diri, jadi aktiviti di atas katil akan menjadi sesuatu yang membebankan dan tidak lagi menyeronokkan.

Cuba Beraksi Sebaik Mungkin. Buktikan Anda Isteri Yang Hebat!

Menjadi isteri yang hebat di ranjang tentu sahaja membahagiakan para suami. Jangan tak percaya, lelaki sering berimaginasi dan membayangkan pelbagai teknik ataupun aksi panas yang boleh dilakukan bersama isterinya. Oleh sebab itulah, ketika berada di ranjang suami isteri, sebagai isteri pastikan anda mempamerkan aksi yang cukup hebat dan bertenaga buat suami anda. Jangan malu, itu antara anda dan suami sahaja yang tahu. Biar ada rahsia manis yang anda berdua sahaja yang tahu.

Jangan Takut Untuk Mencuba Teknik Baru

Sumber Foto: 123rf.com

Melakukan hubungan intim dengan teknik yang sama tentu sahaja boleh membuatkan suami berasa bosan. Jadi, sebaik-baiknya sebagai isteri, tak kira baru atau lama usia perkahwinan tersebut, anda tetap perlu mencuba teknik-teknik baru untuk menghangatkan lagi aksi ranjang suami isteri. Secara tak langsung, kebahagiaan serta keutuhan rumahtangga anda akan terpelihara. Sebelum memulakan aksi di atas katil, curi-curi lihat laman web yang ada menayangkan beberapa aksi ranjang yang menarik. Kemudian anda boleh cuba eksperimentasi terhadap suami sendiri. Wow, pasti menghangatkan malam anda.

Eh, lepas puaskan hati suami ambil masa untuk pujuk supaya suami boleh belanja anda pelbagai barangan best dengan ahrga paling best di Lazada! Klik je di sini..

 

 

 

 

 

Sumber: Panda Gossips

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna