Cara Efektif Hapuskan Lipas Yang Jijik

Lipas merupakan antara makhluk perosak menjijikan.”

Tidak kira lelaki mahupun wanita ramai yang membenci makhluk perosak ini. Ada yang sanggup meloncat naik ke atas kerusi jika ternampak kehadirannya. Belum lagi spesis lipas yang mempunyai kepak dan mampu terbang, boleh tunggang langgang situasi ketika itu rasanya. Lipas biasanya membiak di tempat yang kotor seperti saluran kumbahan, tempat pembuangan sampah serta premis makanan yang kotor. Walaupun serangga itu hanya lalu seketika di atas meja mahupun dapur, ia tetap meninggalkan kotoran berbahaya kepada manusia. Kata orang dulu-dulu, kalau jumpa banyak lipas dalam sebuah rumah, maksudnya tuan rumah pengotor! Ada logiknya juga kan?

Sumber Foto: mypmp.net

Lipas mempunyai tabiat buruk yang sangat kotor iaitu ia akan memuntahkan kembali makanan yang separuh hadam dan meninggalkan najis sambil ia makan. Bulu kaki lipas pula akan mengangkut dan menyebarkan kuman, virus, telur cacing, kulat dan kotoran dari pelbagai tempat. Lebih teruk lagi, lipas yang didapati berkeliaran di tempat najis boleh mencemarkan makanan anda sekiranya ia merayap ke atas makanan tersebut. Jika tangan anda terpegang serangga ini atau ternampak lipas berjalan di atas pinggan atau cawan, pastikan segera mencuci dan membersihkan kesan kekotoran tersebut walaupun tidak boleh lihat dengan tangan kasar.

Sumber Foto: 123rf

Sumber Foto: Google Image

Lipas dapat membiak dengan sangat banyak dan pantas. Setiap biji telur lipas dapat mengandungi sebanyak 6 hingga 16 ekor anak lipas. Dalam tempoh setahun pula, sepasang lipas dikatakan mampu membiak dengan menghasilkan kira-kira sebanyak 20,000 ekor anak lipas. Lipas didapati membawa sekitar 40 jenis bakteria yang boleh mengundang pelbagai penyakit seperti cirit-birit, keracunan makanan, alahan kulit, hepatitis dan kepialu.

Oleh sebab itu, anda perlu pastikan persekitaran anda bebas daripada lipas. Salah satu cara untuk menghalang kemasukan lipas ke dalam rumah kita ialah dengan memastikan kediaman sentiasa bersih daripada sampah sarap. Kerana serangga ini amat menggemari kawasan yang kotor, gelap dan lembap.

 

Cara 1

Sumber Foto: 123rf

  • Campurkan serbuk asid boric sedikit tepung gandum dan gula. Bahan-bahan ini akan menarik perhatian lipas untuk makan. Apabila serangga itu memakan campuran tersebut, ia akan mati. Anda bolehlah letakkan serbuk campuran itu di bahagian bawah kabinet, di dalam laci dapur, bawah peti sejuk, ruang hud dapur dan sebagainya.

Cara 2

Sumber Foto: mypmp.net

  • Ambil cecair sabun mandi dan air. Campuran ini kemudiannya dimasukkan ke dalam botol semburan. Jika terlihat lipas semburkan terus ke arah lipas tersebut lebih kurang dua tiga kali. Pastikan anda sembur pada bahagian kepala atau perutnya. Apabila lipas itu lari, ia akan mati kerana kesan sabun tadi. Kaedah ini terbukti berkesan kerana air sabun akan meyelaputi lapisan ‘filem’ lipas yang menyukarkannya untuk bernafas.

Cara 3

Sumber Foto: Google Image

  • Jika anda berjaya memusnahkan sarang lipas, potensi untuk serangga itu mencerobohi rumah anda adalah sangat tipis! Anda boleh menggunakan ubat pembunuh serangga yang ada dalam bentuk gel, serbuk ataupun cecair. Semburkan ubat tersebut pada bahagian dinding yang retak dan lain-lain bahagian yang berpotensi menjadi tumpuan serangga kotor ini.

Cara 4

via GIPHY

  • Cara seterusnya menghalau lipas dengan ubi kentang.  Rebus kentang sampai masak. Kemudian lenyekkan dan campur serbuk penaik. Jadikan adunan itu berbentuk bulat dan letak di kawasan tumpuan lipas.

Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: FB Syahirulcom

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna