Cara Cepat Untuk Ibu Hamil Tahu Jantina Dalam Kandungan

Bentuk hidung si ibu jika kelihatan lebih kembang daripada biasa, maka dikatakan kandungan dalam perut anda adalah lelaki.”

Pengalaman hamil memang sesuatu yang begitu indah walaupun mungkin terdapat beberapa halangan dan rintangan yang perlu dihadapi. Kebanyakkan wanita hamil akan teruja untuk mengetahui jantina bayi yang dikandungannya mungkin sebagai persiapan untuk mencari nama anak ataupun menyiapkan segala perkakasan menyambut kelahiran bayi nanti. Untuk mengetahui jantina kandungan dengan tepat selalunya ujian imbasan akan dilakukan jika kandungan mencecah 6 bulan ke atas. Tetapi bagaimana jika ada bakal ibu yang tidak sabar untuk mengetahui jantina dalam kandungan?

Kalau diikutkan pandangan pakar perubatan, tiada sebarang perbezaan signifikan yang akan dirasakan oleh wanita mengandung sama ada semasa mengandungkan anak lelaki ataupun perempuan. Berlainan pula bagi nenek moyang kita, mereka ada cara tertentu untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan. Nah! anda boleh ikuti beberapa petua orang lama yang telah diguna pakai berzaman-zaman.  Tiba waktu dan ketika untuk melahirkan anak, anda perlu bersyukur dan menghargai anugerah yang telah diberikan tidak kira jantina apa pun bayi tersebut. Lelaki ke atau perempuan, janji anak anda sihat dan sempurna.

 

TANDA HAMIL ANAK LELAKI & PEREMPUAN

Sumber Foto: pregnancymagazine.com

  • Mengikut telahan orang lama, jika perut anda kelihatan lebih condong ke atas (seperti melonjong ke hadapan), maka ia adalah diramal sebagai anak lelaki. Jika posisi perut anda lebih melebar ke bawah (kelihatan bulat dan rata), ia dikaitkan dengan kehamilan anak perempuan.
  • Jika bentuk hidung si ibu kelihatan lebih kembang daripada biasa, maka dikatakan kandungan dalam perut anda adalah lelaki.
  • Lihat perut anda, jika garisan perut dari bawah ke atas nampak gelap dan tidak putus itu tandanya jantina yang dikandung adalah lelaki. Namun jika garis gelap di perut kelihatan terputus-putus maka anda mengandungkan jantina bayi perempuan.
  • Tanda ibu yang hamil anak lelaki dikatakan mempunyai perangai tidak gemar bersolek, malas mandi, atau susah mendandan rambut. Berbeza dengan kehamilan anak perempuan, anda dikatakan lebih senang bergaya dan memakai pakaian yang cantik-cantik sepanjang masa.
  • Ibu mengandungkan anak lelaki, dikatakan anda lebih suka makan makanan yang masin atau masam. Jika kehamilan anak perempuan pula, anda akan suka makan makanan atau minuman yang manis, segar dan bersusu.
  • Ada yang meramalkan bahawa gerakan bayi dalam kandungan yang tidak terjangka, kandungan dalam perut berjantina perempuan. Sebaliknya, jika lebih teratur dikaitkan dengan kehamilan anak lelaki.
  • Hamil anak lelaki, si ibu memiliki karakter yang sangat tegas, kuat terhadap pendiriannya, dan beberapa sifat yang biasanya dimiliki oleh seorang lelaki. Sebaliknya, sifat lebih ‘moody’, sensitif, cerewet atau ‘ada angin’ biasanya dikatakan sebagai pembawaan anak perempuan.
  • Banyak yang percaya bahawa morning sickness atau rasa mual dan muntah merupakan tanda hamil anak perempuan. Sebaliknya, orang dulu-dulu mengaitkan kehamilan yang lebih mudah dan bebas daripada gejala ini apabila mengandungkan anak lelaki.
  • Rambut si ibu jika makin lebat dan hitam, itu tanda-tanda hamil anak lelaki. Jika sebaliknya, kemungkinan anak yang dikandung adalah perempuan.
  • Gunakan soda bikarbonat (serbuk penaik) dan campur bersama air kencing si ibu pada waktu pagi. Sekiranya air kencing anda tidak berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi perempuan. Jika berbuih jantina kandungan anda adalah lelaki.

 

Jom cek promosi menarik untuk Dermalogica dengan hanya klik di link ini.

 

 

 

 

Sumber:  babycenter.com.my

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna