Cara Cairkan Bahan Mentah ‘Frozen’ Dengan Betul, Ini Perkongsian Dato’ Chef Ismail

Perkara pertama sebelum memasak adalah memastikan bahan mentah utama seperti ikan, ayam atau daging sudah dalam keadaan sedia untuk dimasak. Tapi, bahan mentah inilah yang sering menjadi masalah utama kepada para wanita, lebih-lebih lagi kepada para wanita yang pulang dari kerja yang bergegas untuk masak.

Bayangkan, balik dari kerja dengan nak cepat-cepat masak dan tiba-tiba kena tunggu lauk dalam peti sejuk untuk cair dalam masa sejam. Aduh! Suami dengan si manja sudah kelaparan, kesian mereka kena menunggu pula.

Jangan risau, Donna ada petua bagaimana cara nak cairkan bahan mentah sejuk beku dengan betul. Petua ni Donna dapat waktu berjumpa dengan Dato’ Chef Ismail tempoh lalu dan Donna rasa, tak rugi kalau kongsi bersama anda.

Menurut Chef Ismail, rendamkan saja bahan mentah yang sejuk tadi di dalam bekas yang dipenuhi dengan air dan biarkan saja sehingga boleh dimasak. Elakkan masuk bahan mentah tadi ke dalam ketuhar kerana untuk mengekalkan kesegaran sesuatu bahan.

Katanya lagi, elakkan letak rendaman bahan mentah tadi di kawasan yang kotor seperti di tepi longkang, tepi tong sampah, lantai atau di kawasan yang terdedah dengan benda kotor.

Hal ini kerana, kuman yang terdapat di kawasan itu akan hinggap pada bahan mentah tersebut dan membuatkan makanan menjadi kotor. Apabila makanan menjadi kotor, itulah punca makanan menjadi cepat basi dan individu yang makan akan mengalami keracunan makanan.

Bukti Chef Ismail sangat menjaga kebersihan dan kualiti makanannya, Restoran Rebung Dato’ Chef Ismail telah mendapat Sijil BeSS dan Sijil BeSS of the Chef kepada Restoran Rebung Chef Ismail. Sijil BeSS ini adalah bermaksud Bersih, Selamat dan Sihat dan hanya diberikan kepada pengusaha premis makanan bagi menggalakkan penyediaan makanan yang selamat dan sihat.

Anda boleh lihat keterangan Chef Ismail sendiri di YouTube DonnaTube. Hanya klik di sini!

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna