Cara Beli Barang Dapur Dengan Berhemat & Tak Berlebihan

Barang dapur adalah barang yang paling wajib untuk dibeli pada setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan. Kecuali, kepada yang tidak gemar memasak,  sampai sebulan pun tak beli, terpulang kepada setiap individu.

Tapi, biasalah, kalau dah beli barang, kadang-kala tu sampai tak ingat dunia. Main ambil je masuk dalam perut troli padahal barang-barang yang diambil tu semua, masih ada lagi di peti ais. Ish! Ish! Ish!

Ada juga yang sesetengah bila beli barang dapur suka memborong. Konon nak buat stok tapi, tak digunakan pun dan akhirnya membusuk sebab dah sampai ke tarikh luput. Iyalah, dah banyak sangat barang stok di kabinet. Kan dah rugi.

Jadi, kali ini Donna ingin kongsikan bagaimana cara yang betul untuk mengelakan pembaziran. Iyalah, daripada buang-buang barangan dapur macam tu je, baik beli benda yang lagi penting. Antara panduan yang boleh di ikut untuk mengelakan pembaziran berlaku adalah;

Anggaran

Lakukan anggaran barangan dapur pada setiap bulan supaya tidak terlebih membeli. Misalnya, pada bulan ini anda menggangarkan sebanyak RM400 untuk barangan dapur dan lauk-pauk.

Pastikan amaun yang anda anggarkan ini tidak melebihi bajet. Kalau agak-agak dah nak lari bajet tu, kena mula kawal nafsu membeli dan mula berpada-pada berbelanja.

Kenal pasti barang

Seterusnya, sebelum nak keluar membeli barangan dapur, rajin-rajinkan diri untuk membelek kabinet atau peti ais untuk melihat barang apa yang dah habis dan barang apa yang masih lagi ada. Nanti tak lah beli barang yang masih ada lagi, kan rugi tu!

Sumber: unsplash

Senarai barang

Lakukan senarai semak barang dapur apa yang perlu di beli. Kalau tadi dah kenal pasti barang daput mana yang ada dan tidak, rajinkan diri pula membuat senarai barang dapur apa yang perlu dibeli.

Ingat! Senaraikan barang yang penting saja. Ketepikan dulu yang kehendak, bila ada bajet lebih, baru ikutkan nafsu membeli barang kehendak yang lain, ihiks!

Duit!

Sebelum pergi beli barangan dapur, pastikan bawa duit tidak berlebihan. Rujuk semula senarai barang yang sudah anda buat. Iyalah, kalau bawa duit lebih nanti, mulalah nafsu membeli timbul dan rasa semua barang yang tak penting, jadi penting. Iyalah, dah bawa duit lebih, ahaks!

Sumber: kedahboyz

Jadi, Donna harap panduan ini dapat membantu anda dalam menyusun perbelanjaan dapur anda dengan berhemat. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

Sumber: Fidimeru

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna