Cara Basuh Baju Putih Untuk Kekal Seperti Baru Beli

Janganlah beli baju putih, nanti susah nak jaga. Basuh nanti satu hal, melekat dengan baju warna lain,”

Itulah masalah sesetengah individu sampai mereka tak ada langsung baju warna putih dalam almari tapi kalau tak ada baju putih pun tak boleh juga. Takut nanti bila ada majlis yang memerlukan pakaian bewarna putih, mana nak cari?

Nak tak nak kena beli juga. Kalau tak beli, awkward nanti, takkanlah majlis orang tak ikut tema. Lagipun tak eloklah datang majlis orang buat kepala sendiri. Betul tak?

via GIPHY

Ha, dah alang-alang ada sehelai dua tu jom baca tip cara kekalkan baju putih seperti baru beli. Nanti tak adalah sekali dua basuh, baju putih dah melekat-lekat warna lain. Caranya adalah…

Rendam dan sental

Elakkan basuh menggunakan mesin basuh kerana takut warna baju lain yang luntur melekat pada pakaian putih. Ha! Kan dah tak cantik tu. Cara ni agak remeh sikit tapi boleh je buat semasa mandi.

Maknanya, sebelum mandi tu dah rendam siap-siap pakaian putih dalam besen yang dipenuhi dengan air sabun. Kocakkan baju dan air sabun sedikit. Biarkan sehingga anda habis mandi. Kemudian, bilas, sental bahagian ketiak dan kotor dan jemur!

Sumber: vanillakismis

Mesin basuh…

Kalau malas nak guna cara pertama, guna cara kedua pula. Basuh guna mesin basuh tapi ada beberapa syarat.

  1. Terbalikkan baju sebelum masukkan dalam mesin basuh supaya warna putih di bahagian luar tak luntur.
  2. Basuh baju putih saja. Jangan sesekali sekali dengan baju warna lain kerana dua faktor, warna putih akan melekat dengan warna baju yang lain dan warna baju putih akan kusam.

Sumber: mehbaca

Tip: Tak kira basuh dengan menggunakan cara rendaman atau mesin basuh, gunakan air panas supaya kotoran dan bakteria (tompokan kuning) mudah hilang.

Dah tahu ni, boleh lah guna bila nak basuh baju sekolah anak, ihiks! Selamat mencuba.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bukan Rendam & Berus Semata, Ini Teknik Sental Baju Guna Tangan Dengan Betul

Jom Deko Bahagian Basuh Baju Yang Sempit Agar Nampak Kemas

 

 

 

 

 

Sumber: marthastewart

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna