Caprice Nak Cari Janda Jadi Jodoh?

Dalam diam Caprice kini mula melebarkan sayapnya dalam dunia perniagaan dengan menghasilkan aplikasi yang berguna untuk kegunaan orang ramai dan memberi talk yang berunsurkan motivasi.

Sumber: Caprice

Baru-baru ini, penyanyi berusia 31 tahun ini dijemput untuk membuat talk di sebuah sekolah SMK Kiaramas dan  telah memuat naik satu video yang menunjukkan seorang murid lelaki memeluk lengannya sehingga dia merasakan ingin memiliki cahaya mata sendiri.

Berdasarkan kapsyen pada posting tersebut, dia meminta pendapat pengikutnya dengan bertanyakan sama ada perlu atau tidak mencari adik angkat atau mana-mana janda yang memiliki anak untuk diberi pertolongan.

Dia turut menyatakan pilihan untuk terus mengahwininya dengan kadar segera. Aduh Caprice! Jangan nampak sangat gelojoh tu, hiks!

Berikutan itu, lebih dari seribu komen pada posting tersebut membanjiri ruangan posting tersebut dengan mempersoalkan mengapa dirinya ingin mengahwini wanita yang bergelar janda sedangkan ramai lagi wanita berstatus single.

Di kesempatan ini, ramailah wanita yang mengaku diri mereka janda semata-mata ingin menambat hati Caprice. Siapalah yang jadi suri hati penyanyi hebat ini nanti ye? Mesti dicemburui dengan ramai gadis. Bersiap sedialah ye jodoh Caprice!

 

Kelakarlah netizen ni! Apa pun, kita doakan supaya Caprice dijodohkan dengan pasangan ya.

 

 

 

Sumber: instagram caprice

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna