“Cantik Sempurna….” – Pakai Hijab ‘On Point’, Jihan Muse Dapat Pujian Tokti

Rasanya semua orang sudah sedia maklum pelawak wanita Jihan Muse kini sudah berhijab sepenuhnya ketika dilihat bercuti bersama suaminya, Ungku Hariz dan anak mereka, Ungku Arsalan Haq di Jepun.

Malah, penampilan pelakon berusia 35 tahun ini semakin hari semakin cantik dan ayu. Lihat sajalah penampilannya pada malam 2nd Annual Dinner Alha Alfa Cosmetic 2018. Fesyen Jihan sangat jelita!

Disebabkan impak fesyen yang dibawa oleh Jihan, tidak sampai sehari posting tersebut dibanjiri hampir 3 ribu komen dan apa yang menarik perhatian Donna adalah komen dari penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza memuji Jihan dengan mengatakan “cantik sempurna…” Untunglah Jihan dapat pujian dari Tokti!

Cantik sempurna…

Cantik macam Neelofa!

Tidak cukup dengan pujian Tokti, Jihan juga menerima pujian dari rakan artisnya yang lain.

 

Ya, Donna sendiri tidak dapat menafikan penampilan baru Jihan kali ini sangat berbeza dengan dirinya yang dulu. Lihat sajalah fesyen tudung dan mainan warna tudung Jihan. Semua on point!

Sumber: insta Jihan

Sumber: insta Jihan

 

Alhamdulillah semoga beristiqamah dengan berhijab dan all the best Jihan!

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna