Cantik & Sederhana, Ketahui Tip Solekan Yang Tak Berlebih-Lebih

Bercakap tentang kecantikan banyak takrifannya sebab itu orang kata, cantik itu subjektif. Bukan terletak pada wajahnya saja tapi personaliti dalaman juga. Kalau muka cantik tapi dalaman timbul perasaan iri hati, benci, riak dan sifat negatif lain lagi, secara tak langsung seri kecantikan wajah akan pudar.

Malangnya ramai yang memandang enteng dengan kecantikan dalaman kerana sibuk memutihkan wajah,  melicinkan kulit, memerahkan bibir, melentikkan bulu kening dan bermacam lagi dengan usaha bersolek.

via GIPHY

Tapi, tahukah anda, jika bersolek dengan cara sederhana dan memiliki personaliti yang baik sudah cukup buat diri anda kelihatan sempurna? Hm, apa yang dimaksudkan dengan bersolek dengan cara sederhana bukanlah hanya memakai bedak je tapi ada syarat lain ntuk mengelakkan kelihatan melebih-lebih sehingga timbul tabarruj.

Caranya adalah…

Bulu mata

Memakai bulu mata palsu sehingga melentik naik ke atas memang pelengkap kecantikan dan mampu menjadi tarikan pada wajah tapi ketahuilah hukumnya dalam Islam. Mari dengarkan penjelasan dari penceramah agama bebas Ustaz Azhar Idrus tentang hal ini.

Gincu

 

Kening

“Kening dia on point” itulah idaman ramai wanita. Bab-bab on point nombor satu tapi bukankah ciptaan Tuhan itu semuanya indah? Apa lagi yang nak on point? Mari dengarkan penerangan ringkas dari Ustaz Azhar Idrus tentang tindakan mencukur kening.

Kesimpulannya, berpada-padalah dalam bersolek untuk mencantikkan diri. Jangan nanti memudaratkan diri sendiri. Lagipun semua orang cantik, ciptaan Tuhan yang mana tak cantik dan kacak? Semua elok-elok dah cuma kebanyakkan manusia je yang menilai kecantikan dari solekan.

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Dah Terlambat? Gayakan Wajah Anda Dengan Solekan 10 Minit Ini ,

Sentuhan Solekan Ketika Menjadi Raja Sehari Untuk Wanita Yang Berkulit Sawo Matang

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna