Cabar Dr Sheikh Muszaphar Shukor Bersumpah? Apa Motif Suhaimi Saad?

Kenyataan Suhaimi Saad mengenai saiz matahari dan bulan yang didakwa hampir sama mendapat reaksi negatif dalam kalangan para netizen yang menyelar status dimuatnaik suami Ina Naim itu. Terbaru, dia membuat cabaran kepada angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengenai kenyataan yang dibuat sebelum ini.

Sumber: Mikhail Metzel

Suhaimi secara terbuka mencabar angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah mengatakan bumi itu sfera. Dia juga berjanji untuk menghentikan kajiannya dan menolong untuk berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ yang percaya bumi ini sebenarnya rata.

Dr Sheikh Muszaphar telah ke angkasa lepas dalam satu misi pada tahun 2007 lalu dalam Program Angkasawan Malaysia. Suhaimi yang menggunakan Mosus di Facebook itu turut meminta bukti jika benar bumi ini sfera. Dia juga meminta netizen untuk menunjukkan kepadanya di mana langit dunia seperti disebutkan dalam surah al-Mulk.

Dalam pada itu seorang netizen telah meninggalkan komen pada salah satu status Suhaimi meminta penjelasan berdasarkan carta penerbangan dunia. Individu itu mempersoal bagaimana penerbangan ke Tokyo, Jepun ke San Francisco, Amerika Syarikat perlu melalui laluan ditunjukkan dan tidak merentas benua Afrika dan Eropah.

Bagaimanapun, laman akaun Facebook lelaki tersebut, telah di ‘block’ oleh Mosus sendiri kerana menyelar kenyataan tentang ‘Flat Earth’.

Sumber: Oh Bulan

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna