Butter Chicken Jadi Sedap Kalau Masak Dengan Cara Ini

Mungkin ada di antara pembaca Donna merasakan resipi ini agak klise. Yalah, sejak 2 tahun lepas lagi resipi ini jadi viral tapi, Donna yakin mesti ada lagi yang masih tertanya-tanya bagaimana nak dapatkan rasa Butter Chicken yang sedap? Jom! Tengok resipi Donna dekat bawah.

Sumber: iResipi

Bahan-bahan:

Bahan A

  1. Hirisan isi ayam dipotong kecil-kecil sebanyak 200 gram
  2. 1/2 Garam
  3. 1/2 Gula
  4. 1 sudu sebuk kunyit
  5. Sebiji telur
  6. 3 sudu tepung rangup.

Bahan B

  1. 2 sudu Mentega
  2. Cili Potong ikut tahap kepedasan.
  3. Daun kari
  4. Semangkuk susu cair
  5. Sekeping keju Cheddar
  6. 1 sudu serbuk lada hitam

Cara penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan A dalam satu bekas.
  2. Gaulkan kesemuanya dengan kelembutan.
  3. Perap selama 30 minit.
  4. Kemudian, goreng perapan ayam tadi sehingga kekuningan. Toskan minyak.
  5. Cairkan mentega sehingga cair.
  6. Masukkan cili potong dan daun kari dan gaulkan penuh kasih sayang sehingga naik bau.
  7. Masukkan susu cair dan gaul penuh keikhlasan sehingga naik kepala.
  8. Masukkan keju dan gaul sehingga harmoni
  9. Masukkan garam, gula dan lada hitam secukup rasa.
  10. Gaul penuh lemah-gemalai sehingga naik bau dan menggelegak.
  11. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul sehingga rata
  12. Hidangkan!

Tapi, kalau anda ingin rasa sedikit kelainan. Maklumlah, asyik makan air tangan sendiri je, mungkin anda boleh pergi ke Superdeals untuk dapatkan promosi Butter Chicken

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna