Buruknya Tumit Aku Ni! Kenapalah Boleh Merekah?

Muka cantik, badan ramping, jari runcing, punggung gebu, kaki letup tapi bila tengok kat tumit kulit pecah merekah,”

Selain daripada masalah berat dan bentuk badan, perempuan juga mengalami masalah tumit merekah dan pecah, betul tak? Cuba tengok tumit kaki, mesti permukaan kulit keras kematu dan lebih teruk lagi merekah-rekah kehitaman. Bila bergesel tumit dengan kulit, rasa seperti ada benda kecil yang tajam menyucuk-nyucuk, euw!

Ha, jangan salahkan faktor usia yang makin meningkat kerana golongan muda pun mengalami masalah ini dan ia  akan mencacatkan penampilan. Bagaimanapun, menurut doktor Dr Khairul Idzham Abdul Khalid berkata, masalah kulit di bahagian tumit boleh berlaku kepada lelaki dan wanita tanpa mengira usia.

Sumber: cariangoogle

Cuma yang membezakan adalah gaya hidup dan cara kita menguruskan tubuh badan. Jadi, apakah faktor terjadinya tumit kematu ni? Menurut Perunding kecantikan, Emelia Roslan antara penyebab tumit adalah….

Kurang minum air

Kurang minum air sehingga menyebabkan kulit pada tumit menjadi terlalu kering hingga menyebabkan rekahan sekaligus lapisan kulit yang kering mula menjadi keras dan secara perlahan-lahan menebal, kasar sehingga akhirnya merekah.

Berat badan

Tambahnya lagi, berat badan yang perlu ditanggung oleh kaki ketika kita berjalan akan memberi tekanan kepada bahagian ini yang dipercayai menyebabkan tumit merekah. Biasanya berlaku pada individu yang terlalu lama berdiri atau berjalan.

Kasut

Faktor kasut juga salah satu punca tumit merekah. Material tapak kasut terlalu keras dan kerap memakai tumit tinggi. Dr Khairul Idzham turut menasihati supaya tidak memakai kasut yang tidak selesa atau terlalu ketat.

via GIPHY

Alternarif lain

Selain daripada itu, anda juga boleh mengamalkan pola pemakanan seharian bagi mengurangkan rekahan pada tumit kaki sekaligus dapat menambahkan khasiat seperti yang disyorkan oleh Emelia. Antara makanan yang boleh diamalkan adalah…

  1. Kalsium: Susu, keju, yogurt, susu kambing, susu kacang soya, air mineral, ais krim, ikan, jus, bijiran dan brokoli.
  2. Zat besi: Daging, ayam dan ikan, telur, sayur, kacang legum.
  3. Zat zink: Tiram, ayam, ketam, kacang merah, yogurt, beras perang, spageti
  4. Asid lemak Omega-3: Ikan salmon dan bijirin.

Bukan apa, kami bagi tip ni sebab cuba bayangkan kalau pakai kasut jenis yang terbuka dan orang tengok bahagian kaki kita, sekali nampak tumit berkerak. Tak malu ke? Kita perempuan kenalah jaga kecantikan dan kesempurnaan kaki termasuk tumit untuk tampak lembut dan kemerah-merahan.

Akhir sekali, Dr Khairul turut menegaskan pada mereka yang mengalami diabetes haruslah dirawat dengan serius kerana boleh menyebabkan komplikasi atau tanda awal kepada ulser kaki. Ingat ye!

 

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

‘Time’ Mandi Dah Sental Tapi Kaki Tetap Berbau, Keturunan Ke? ,

Bentuk Kaki Pelik? Senaman Ini Bantu Kaki Anda Kelihatan Normal Semula

 

 

 

Sumber: HM , HM

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna