Bunuh Diri Kerana Parut Hodoh

Kenali terlebih dahulu parut anda agar mudah untuk anda mengetahui bagaimana untuk memulihkannya. Jangan bertindak melulu!”

Ramai wanita merasakan parut menyebabkan penampilan mereka kurang sempurna. Bukan itu sahaja malah menyebabkan gangguan fungsi harian dan menimbulkan kesakitan. Setiap hari ada yang memandang dengan pandangan yang negatif sehingga ada yang membunuh diri akibat parut kekal yang mencacatkan. Walaupun parut dianggap sebagai sesuatu yang tidak berbahaya, tetapi ia tetap dikategorikan sebagai salah satu masalah yang memerlukan perhatian. Sekiranya parut tersebut boleh memberi kesan mental dan fizikal kepada anda seperti rendah diri, malu, hodoh, rasa sakit atau mengganggu kehidupan harian maka anda perlu dapatkan rawatan secepat mungkin.

Sumber Foto: 123rf.com

Parut adalah proses pemulihan kulit terhadap kerosakan yang berlaku pada mana-mana bahagian kulit yang cedera diakibatkan oleh pelbagai sebab. Ini termasuklah luka pembedahan, jerawat, jangkitan kuman, terkena air panas, kemalangan, penyakit-penyakit kulit dan luka akibat terkena benda tajam. Proses pemulihan parut ini boleh berlaku pada bahagian tubuh yang tidak dapat dilihat secara fizikal seperti tulang. Bagi jenis parut yang besar dan terletak pada bahagian yang terdedah seperti muka dan menyebabkan gatal-gatal, sakit, dan jangkitan luka. Ia pasti menimbulkan masalah jika tidak dirawat. Setiap parut mempunyai jenis-jenis yang tertentu untuk dirawat. Kenali terlebih dahulu parut anda agar mudah untuk anda mengetahui bagaimana untuk memulihkannya.

 

JENIS-JENIS PARUT

PARUT BIASA (FLAT PALE SCAR)

Sumber Foto: Google Image

Ia merupakan parut yang sering berlaku dan dialami oleh sebahagian besar individu. Parut jenis ini lebih pudar daripada warna kulit asal. Bagaimanapun, parut ini boleh menjadi agak lebar.

 

PARUT TEBAL (HYPERTROPHIC SCAR)

Sumber Foto: 123rf.com

Parut jenis ini timbul dalam tempoh enam bulan selepas berlaku insiden dan biasanya ia akan surut dengan sendiri. Ia juga berwarna merah dan agak tebal daripada parut biasa.

 

PARUT KELOID

Sumber Foto: Google Image

Ia merupakan parut yang tebal dan tumbuh melebihi daripada bahagian luka asal. Biasanya, parut ini akan tumbuh di luar kawasan luka yang sedia ada dan menjadi kekal. Keloid boleh menimbulkan masalah yang menyebabkan individu terbabit menghadapi masalah kegatalan yang berterusan sama ada pada waktu malam atau siang. Masalah kegatalan berterusan menyebabkan individu kerap menggaru bahagian yang gatal hingga mengakibatkan luka lama di bahagian tersebut terkena jangkitan kuman.

 

PARUT KONTRAKTUR

Sumber Foto: 123rf.com

Parut kontraktur yang menyebabkan kulit menjadi tegang turut menjejaskan sendi, otot-otot dan tendon. Keadaan ini secara tidak langsung mengganggu pergerakan dan boleh merosakkan fungsi sendi di anggota seperti siku dan jari-jari. Parut jenis ini berlaku apabila tisu-tisu penghubung yang normal digantikan dengan tisu-tisu parut yang tidak elastik. Apabila tisu tidak elastik, ia tidak boleh meregang dan menyukarkan pergerakan pada bahagian tersebut.

 

STRETCH MARK

Sumber Foto: 123rf.com

Tanda parut stretch mark yang biasanya berlaku apabila seseorang wanita melalui proses kehamilan dapat dilihat pada paha, perut, bahu dan punggung. Parut ini biasanya akan kekal.

 

HILANGKAN PARUT

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menangani masalah parut iaitu:

Sumber Foto: Google Image

  • Penggunaan produk vitamin E dalam jangka masa tiga bulan atau lebih mampu membantu merawat masalah parut.
  • Penggunaan pancaran laser ke atas parut boleh memudarkan warna parut.
  • Kaedah Dermabrasi iaitu pengikis kulit yang berparut dengan menggunakan alat pengikis.
  • Suntikan bahan kolagen juga mampu merawat parut khusus untuk bahagian parut yang berlekuk di bawah kulit.

 

 

 

 

Sumber: myhealth

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna