Buntu Idea Untuk ‘Door Gift’ Majlis Kahwin? Meh Usha Senarai Best Ni

Semua orang mahukan yang sempurna bila sembang hal-hal berkaitan majlis perkahwinan. Daripada baju kahwin, kasut, pelamin, make up, makanan hinggalah ke door gift atau hadiah yang ingin diberikan kepada tetamu yang hadir, ia haruslah yang terbaik. Makin dekat majlis, makin kalut pengantin nak menyediakan pelbagai persiapan. Haih, memang pening dan memang penat..tapi percayalah anda juga akan mengenang saat-saat ini suatu ketika nanti.

Dah nak hujung tahun ni, pasti ada di antara anda yang sedang merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan kan? Orang kata musim orang kahwin, hiks!

Dalam banyak-banyak persiapan yang dilakukan, selalunya hal yang satu hal ni selalu terlepas pandang. Kadang-kala terkurang, adakalanya terlebih-lebih pula bajetnya. Door gift atau buah tangan pengantin kepada tetamu sungguh istimewa kerana ia menandakan terima kasih daripada pengantin dan keluarga kepada tetamu yang hadir memeriahkan majlis bahagia mereka. Dan mengaku atau tidak, selalunya door gift ni antara yang dinanti-nantikan oleh tetamu yang hadir. Ada yang siap berteka-teki akan hadiah apakah yang bakal diterima nanti.

via GIPHY

Bagi pihak pengantin pulak pasti pening memikirkan barangan apakah yang patut dijadikan hadiah untuk tetamu yang hadir. Jom lihat beberapa jenis door gift menarik yang boleh anda berikan pada majlis terindah nanti.

Makanan

Memang biasa tapi anda boleh jadikannya luar biasa. Kalau selalu orang jadikan biskut, potongan kek atau gula-gula sebagai hadiah, apa kata anda berikan produk makanan sebenar seperti sebuku roti, gula pasir,serbuk kunyit atau kicap.

Sumber Foto: Instagram @aktorzulkifli

Sumber Foto: Google

Tetamu yang mendapatnya pasti akan merasa pelik, tapi percayalah mereka akan tersenyum lebar di dalam hati kerana boleh memanfaatkan barangan tersebut.

Barangan keperluan rumah

Eh, kalau tadi kita suggest makanan, kali ni pilihan yang tidak kurang unik adalah barangan keperluan rumah seperti, senduk, sudip atau sudu dan garfu. Ada berani tak? Senduk tu kalau anda hias dengan riben pasti cantik dan pasti mak-mak yang hadir suka.

Sumber Foto: Google

Alat solek

Ni barang paling unik dan best. Ramai tak berani beli sebab risaukan harga yang mahal. Tapi percayalah jika anda lakukannya, pasti ramai berebut dan tersebut-sebut hadiah door gift anda hingga ke tahun depan. Hiks!

Kalau lelaki yang dapat barangan make up ni, jangan risau..mereka boleh hadiahkan kepada adik, kakak, emak atau yang tersayang. Kan dah kira double celebration githeww..

Jangan takut melakukan sesuatu yang lain. Cuba lari daripada kebiasaan. Persiapan menghadapi hari bahagia memang sangat mencabar, namun ia juga bakal menjadi kenangan terindah dalam hidup anda.

Perasan tak hampir kesemua barangan di atas adalah barangan buatan Malaysia. Ha, menarik tak? Siapa lagi nak sokong barangan Malaysia kalau bukan kita sendiri. Pelbagai usaha sudah dilakukan kerajaan untuk memperkenalkan produk buatan tempatan agar kita tahu bahawa produk buatan Malaysia juga hebat.

Pelbagai kempen juga sudah dan sedang dijalankan, antaranya Kempen Beli Barangan Malaysia yang juga bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi domestik. Bayangkan jika ramai yang membeli barangan buatan Malaysia, permintaan akan semakin meningkat sekali gus dapat wujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Bukankah ini yang kita mahukan?

Permintaan yang banyak juga akan mendorong pengusaha-pengusaha tempatan untuk menghasilkan lebih banyak barangan buatan malaysia yang berkualiti tinggi setanding produk luar negara. So, mulai sekarang jom kita pupuk semangat untuk menyokong bangsa kita dengan membeli produk buatan tempatan. #barangbaikbarangkita

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Comments

    • Nor Azidah
    • 11 November 2019
    Reply

    Saya nk pakej doorgift

      • Ainaa
      • 12 November 2019
      Reply

      Salam puan,

      Terima kasih kerana membaca artikel di Donna. Maaf kerana kami tidak menyediakan pakej untuk doorgift.

      Platform kami hanya menyediakan pelbagai artikel yang mempunyai informasi menarik berkaitan wanita.

      Teruskan menyokong Donna ya. Terima kasih.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna