Bulan Puasa Bukan Alasan Untuk Isteri Menolak Keinginan Suami

Sudah menjadi lumrah apabila pasangan yang sudah berkahwin mempunyai keinginan untuk bersama kerana perkara itu akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Apabila masuknya bulan ramadan pasti ramai yang menggangap hubungan intim di bulan puasa adalah satu beban terumatanya buat si isteri. Anda dan pasangan perlu tahu bahawa tiada hukum yang melarang untuk melakukan hubungan intim ketika bulan puasa tetapi harus diingatkan agar ianya dilakukan pada waktu yang dibenarkan.

Related image

Sumber : pilotimage

Jangan risau, Donna ada panduan untuk membantu anda dan pasangan bagi menguruskan keinginan suami ketika berpuasa. Ubah mindset anda dengan menggangap bahawa ianya sebagai satu halangan untuk beribadah. Walaupun anda sebagai isteri penat memasak untuk berbuka dan sahur ia tidak bermakna anda perlu menolak permintaan suami untuk bersama. Kesian cik suami, perkara ini akan membuatkan hubungan anda dan suami menjadi semakin renggang.

Related image

Sumber :gudpict 

Anda dan pasangan perlu mencari waktu yang sesuai untuk bersama. Faham dan bertolak ansur dalam menentukan waktu untuk melalukan hubungan seksual, jangan ikut kehendak sendiri ye! Selepas berbuka atau sementara menunggu solat isyak ajaklah pasangan anda untuk bersama. Walaupun ianya dilakukan dalam tempoh yang singkat tapi ia sangat bermakna buat suami anda. Waktu yang panjang dan santai adalah selepas solat terawih sehingga sebelum sahur, tidak perlu la lagi suami anda untuk menahan diri. Mudah kan? Bagi suami pula, bagi ruang untuk isteri anda berehat seketika, tidur dulu dan lakukan seketika sementara menunggu masa untuk menyediakan hidangan sahur.

Related image

Sumber : roca

Hubungan intim bukan hanya di atas katil sahaja tau. Ambil masa anda dan pasangan untuk mandi bersama. Cara ini mudah untuk melakukan hubungan intim dalam waktu yang singkat secara tidak langsung ia dapat mengurangkan rasa ghairah anda terhadap suami. Sebelum anda bergegas untuk menunaikan solat isyak dan terawih, gunakan sebaiknya waktu mandi bersama dengan membelai pasangan anda agar ia dapat mewujudkan rasa nikmat dan bahagia.

 

 

 

Sumber : glamlelaki

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna