Bukit Aman Hidu Ada Pegawai Lindungi Premis Judi Tak Berlesen

Masih lagi hangat dibincangkan di media sosial isu tentang premis judi di Sungai Buloh yang giat aktif walaupun sudah beberapa kali membuat aduan.

Malah, lebih mengejutkan lagi apabila aduan yang dibuat menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid dikatakan tohmahan semata-mata. Tetapi ada segelintir penduduk sekitar kawasan tersebut bersuara dengan mengatakan apa yang dikatakan Asri itu adalah benar.

Laporan terkini!

Bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro malam semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima maklumat mengenai segelintir pegawai dan anggota polis disyaki melindungi premis judi tidak berlesen di sekitar Sungai Buloh.

Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, perkara ini diteliti antaranya termasuk serbuan dan rampasan perjudian yang dijalankan serta beberapa isu berkaitan.

“Jika terbukti sekiranya ada pegawai dan anggota polis terlibat dalam penyelewengan tugas, menerima rasuah dan melindungi sindiket berkenaan, tindakan tatatertib keras akan dikenakan serta akan dirujuk kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya tegas.

Sumber: BH

Harap anggota polis yang tidak bersikap integriti ini dilucutkan jawatan kerana jika dibiarkan, bagaimana rakyat ingin meletakkan kepercayaan terhadap anggota polis dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab?

Harap pihak berkuasa dapat menjalankan tugas sebaiknya!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Dikatakan Fitnah Polis, Ini Penjelasan Asri Janggut

Akhirnya Ebit Lew Berjaya Buka 10 Cawangan Kedai ElewsMart!

 

 

 

 

Sumber: hmetro

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna