Bukan Untuk Bersihkan Gigi Je Tapi Ubat Gigi Selesaikan Masalah Rutin Harian Anda

Kalau sebut tentang ubat gigi, mestilah untuk membersihkan gigi sahaja betul tak? Tapi rupa-rupanya banyak kelebihan ubat gigi yang boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah rutin harian anda. Dengan mengunakan cara ni, anda bukan sahaja boleh berjimat tapi dalam masa yang sama mampu mengembalikan barang anda seperti yang baru.

Nak tahu apa kegunaan ubat gigi selain memberus gigi, jom lihat di bawah!

Bersihkan Barang Kemas

Buat para ibu mesti anda sering mengalami masalah apabila barang perhiasan menjadi kotor kerana disimpan terlalu lama. Mudah sahaja hanya letakkan sedikit ubat gigi dan berus di celah-celah seperti memberus gigi. Berkilat seperti baru dibeli.

Kilatkan Lampu Kereta

Hello buat suami! Pening macam mana nak kilatkan lampu kereta, haa tak payah susah-susah sental je dengan ubat gigi.

Image result for cuci kasut ubat gigi

Sumber: lunaria

Cuci Kasut Sekolah Anak

Walaupun dah letak macam-macam serbuk pencuci tapi kasut sekolah anak tetap kotor? Haa apa kata anda buang segala kotoran dengan menggunakan ubat gigi.

Image result for kopi pada baju \

Sumber: erabaru

Kesan Kopi Pada Baju

Bila nak cuci baju cik abang mesti ternampak kesan tumpahan air pada baju. Jangan risau, hanya sapukan sedikit ubat gigi kemudian berus dah hilang! Lepas ni tak perlu lagi guna peluntur.

Image result for kilatkan skrin phone ubat gigi

Sumber: kerengga

Kilatkan Skrin Telefon

Haa tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita pasti anda pernah mengalami telefon calar akibat terjatuh. Hilangkan sahaja dengan ubat gigi, gosok perlahan-lahan menggunakan kain lembut.

Image result for dinding kena conteng

Sumber: semuanya

Hilangkan Kesan Conteng Pada Dinding

Alamak anak buat hal lah pula siap conteng dinding rumah! Haa para ibu mesti terkejut kan bila perkara ni berlaku. Tak apa cuci je dengan ubat gigi dengan cara ini mungkin boleh membantu menghilangkan kotoran pada dinding tu.

Haa banyak rupanya kegunaan ubat gigi ni, untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Betul Ke ‘Gemuk Air’ Lebih Senang Kurus Daripada ‘Gemuk Lemak’?

 

 

 

 

 

Sumber: thevocket

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna