Bukan Suruh Belek, Tapi Anda Memang Kena Tahu Fakta Pelik Najis Sendiri!

Topik kali ni agak kotor sedikit, berkaitan dengan najis. Yalah, keluar dari dubur kita. Lagipun, topik ni tak selalu dibincangkan di khalayak umum dan kadang tu ada yang malu dan rasa nak muntah bila membincangkan topik ni.

Untuk pengetahuan anda, dari najislah anda boleh kenal pasti keadaan dalam tubuh anda. Apa yang anda makan, akan beri kesan kepada organ dalaman anda. Salah satunya, usus yang fungsi usus besar ialah menyerap semua bahan yang ada di dalam usus terutama air.

via GIPHY

Dalam sehari, usus besar menyerap kira-kira sembilan hingga 10 liter air bersama makanan pepejal dan sebagainya yang sudah dicernakan. 90 hingga 95 peratus air diserap oleh usus besar dan yang tinggal akan keluar sebagai najis iaitu kira-kira 100 hingga 200 gram setiap hari.

Apa pun, topik najis kali ni bukan nak bagitahu jenis-jenis najis atau tentang perbezaan warna najis tapi fakta pelik tentang najis anda. Antara fakta pelik najis anda ialah….

Kekerapan membuang

Berdasarkan laporan Berita Harian yang di keluarkan dari Pakar Runding Perubatan Gastroenterologi dan Hepatologi Pusat Perubatan Tropicana Dr P Rajesh Kumar, setiap individu perlu faham tabiat buang air besar yang normal atau sebaliknya dan ia berbeza bagi setiap individu.

via GIPHY

“Kekerapan tabiat membuang air besar yang normal adalah kurang daripada tiga kali dalam sehari atau lebih tiga kali dalam seminggu. Jika tabiat buang air besar berlaku kurang daripada tiga kali seminggu, ia boleh dikategorikan sebagai sembelit dan lebih tiga kali sehari dianggap cirit-birit,”katanya.

Biasalah kalau tahu bau busuk tapi kalau busuk yang teramat, itu luar biasa

Perut kita semua penuh dengan bakteria yang baik dan ia akan menghasilkan molekul yang sangat berbau busuk kerana fungsi bakteria ini untuk menyingkirkan segala makanan yang tidak berzat ke usus besar.

Jadi, jika kentut atau bau najis anda berbau sangat busuk sehingga anda sendiri tidak sanggup untuk bau, kemungkinan besar, badan anda tidak sihat dan perlukan makanan yang berkhasiat.

Apabila hempedu (cecair hijau yang memecah lemak) bergerak dari hati melalui saluran usus, kemudian bertukar warna coklat yang dipanggil stercobilin. Bagaimanapun, stercobilin tidak mempunyai apa-apa fungsi dalam badan dan ia perlu dikeluarkan dengan segera.

Tapi anda kena ingat, warna najis anda bergantung pada pengambilan makanan harian. Itu yang najis anda akan berubah warna setiap kali anda membuang melainkan anda makan menu yang sama pada setiap hari.

Najis yang sihat mengandungi 75% air

Najis yang sihat mengandungi 75 peratus air, yang selebihnya terdiri daripada bakteria di mana ada yang mati dan ada yang hidup. Malah, najis anda juga mengandungi lemak, serat, protein, makanan yang tidak boleh dicerna dan lendir. Menurut penyelidik dari Pusat Perubatan Los Angeles, doktor mencadangkan 30 hingga 35 gram cecair untuk mengelakkan sembelit.

Itulah empat fakta tentang najis anda.  Maaf kalau artikel ni buat pembaca Donna yang tak selesa dengan topik ni. Bukan apa, pendedahan pengetahuan am amat diperlukan walaupun sekecil zarah. Hiks!

 

 

 

 

 

Sumber: LS
Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna