Bukan Setakat Sedap Tapi Lebih Sihat, Jom Guna Minyak Zaitun Dalam Masakan

Sebagai seorang isteri pasti anda tidak lari dalam melakukan rutin memasak buat keluarga. Selain memastikan setiap hidangan mempunyai rasa yang sedap, penting untuk anda menjaga bahan yang digunakan dalam masakan adalah berkhasiat. Waktu menggoreng pasti menggunakan banyak minyak kan? Mesti anda hanya menggunakan minyak biasa, jadi apa kata anda cuba tukar kepada minyak zaitun kerana ia banyak khasiatnya. Jom Donna kongsikan manfaat dan jenis minyak zaitun yang anda boleh gunakan dalam masakan.

Related image

Sumber : sheknows

Sebenarnya olive oil sangat terkenal dalam dunia kecantikan, tetapi anda juga perlu tahu bahawa minyak zaitun ini mempunyai khasiat di mana ia dapat menurunkan kolesterol. Bukan itu sahaja, bagi sesiapa yang gemar untuk membuatkan kek amat sesuai untuk anda gunakan minyak zaitun dalam adunan kerana ia mengandungi vitamin E yang dapat mengekalkan kelembapan agar kek anda tidak cepat kering.

Image result for olive oil in pastry

Sumber : thepetitecook

Hasil pertama proses daripada proses buah zaitun adalah extra virgin olive oil . Jika anda sering menonton rancangan memasak pasti anda akan lihat minyak itu akan digunakan sebagai dressing salad. Minyak zaitun extra virgin ini tidak sesuai untuk digunakan dalam masakan kerana ia mempunyai rasa yang kuat, jadi sebab itu ia hanya digunakan sebagai penambah rasa dalam sos salad. Lepas ni siapa yang nak kurus tu boleh la tambahkan minyak zaitun ini dalam hidangan salad anda.

Related image

Sumber : accoumutable

Bukan itu sahaja, ia juga terdapat satu lagi jenis iaitu  pure olive oil yang bersifat tahan panas. Proses daripada minyak zaitun tersebut akan dicampurkan dengan produk virgin oil. Jenis minyak zaitun ini sesuai untuk anda yang gemar memasak kerana ia banyak nutrien yang baik.

 

 

 

 

Sumber : sahabat

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna