Bukan Setakat Sedap Tapi ‘Confirm’ Kenyang, Ni Makanan Wajib Anda Cuba Di Busan!

Bagi yang pernah menonton filem korea tu, pasti anda tidak akan terlepas bila ada babak mereka berhenti di tepi jalan untuk mencuba makanan ‘street food’. Haa, dah la musim sejuk lepas itu, makan pula sesuatu yang panas memang feeling habis! Anda pun mula lah terliur kan hiks. Donna faham, makanan korea ni memang sudah menjadi pilihan masyarakat Malaysia dan ramai yang tidak melepaskan peluang untuk melancong ke sana bagi merasai sendiri keenakan kepelbagai hidangan di sana.

Kalau negara Korea je mesti ramai yang tertumpu di bandar Seoul, tetapi anda perlu tahu bahawa Busan adalah bandar kedua terbesar yang wajib anda lawati. Para pencinta makanan, Busan adalah lokasi terbaik untuk anda mencuba makanan laut yang segar kerana ia terletak berdekatan di perairan Korea Selatan.

Jom lihat senarai makanan di bawah yang boleh anda cuba kalau dah sampai Busan!

Korean Wheat Noodle 

Pernah cuba tak makan mi sejuk? Haa wheat noodle ni dihidangkan dalam cold soup tau, rasanya sedikit masam-masam manis dan pedas yang mampu membuatkan ia berasa lengkap ketika makan dalam keadaan sejuk. Kebiasaanya masyarakat di Busan suka makan hidangan ini ketika musim panas. Ia terdapat dalam dua jenis satu yang berkuah dan satu lagi mi kering,tetapi ia masih dihidangkan ketika masih sejuk. Jadi anda boleh pilih mengikut citarasa, jangan risau kalau anda yang teringin nak cuba tu di kawasan Haeudae-gu terdapat banyak restoran yang menghidangkan wheat noodle yang best!

Related image

Sumber: beritamu

Fish Cake 

Pergi mana-mana je pasti anda akan nampak kedai fish cake, tambah lagi di Busan! Untuk pengetahuan anda, kek ikan ni sangat terkenal kerana masyarakat Jepun telah membawa ke Busan sehingga ia menjadi pilihan orang ramai untuk makan makanan ringan pada bila-bila masa. Kalau anda nak cuba makan fish cake yang sedap anda boleh cuba di Goraesa Fish Cake di Haeundae-Gu.

Seed Pancake 

Seed pancake ni diperbuat daripada beras pulut, one of the best street food yang anda patut cuba. Bahagian dalam mempunyai inti yang penuh dengan diletakkan kacang, kemudian adunan doh tersebut disalut pula dengan serbuk kayu manis dan gula. Kalau terasa nak makan sesuatu yang savoury pada musim sejuk, ini makanan yang wajib anda cuba.

Seafood Scallion Pancake

Kalau pergi singgah di mana-mana restauran jangan lupa untuk order hidangan ni, kerana memang tak lengkap lah tanpa seafood scallion pancake. Walaupun ianya hanya dihidangkan sebagai side dish, tapi sekali makan pasti nak lagi. Dengan gabungan makanan laut ditambah pula dengan potongan daun bawang, memang cukup menyelerakan.

Korean Style Sashimi

Siapa penggemar makan ikan mentah? Kalau dah sampai Busan, jangan lupa untuk rasa sendiri kesegaran sashimi yang dihidangkan segar hasil daripada laut. Takut tak habis atau tak lalu nak makan, tak perlu risau kerana setiap hidangan boleh dinikmati bersama sehingga enam orang.

Mesti terliur kan tengok senarai makanan di atas? Tunggu apa lagi, lepas ni anda boleh rancang percutian untuk ke Busan dan rasa sendiri keenakan makan di sana.

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Isteri Bantu Suami Besarkan Zakar Tanpa Bantuan Ubat Atau Kaedah Yang Berbahaya

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna