Bukan Setakat Mengembara Tapi Dora Terapkan Unsur Kekeluargaan

Dora The Explorer! Cerita kartun animasi yang penuh dengan pengisian. Setiap episod pasti akan ada elemen  positif. Antaranya, berkelakuan baik dengan bintang peliharaan, tidak mencuri dan dalam pada masa yang sama dapat menghubung sel-sel otak si manja dengan aktiviti dalam kartun Dora.

Iyalah, satu-satunya kartun yang meminta penonton bersama-sama membantu menyelesaikan masalah dia dengan lagu yang catchy. Kanak-kanak mana yang tak tertarik? Tak hairanlah kalau si kecil sanggup menunggu di depan kotak televisyen sebelum rancangan tersebut ke udara.

Untuk pengetahuan anda, Dora The Explorer yang bakal ditayangkan tidak lama lagi ni bukan dalam bentuk animasi tapi dilakonkan oleh barisan pelakon hebat dari negara Brazil. Antaranya, Isabela Moner, Michael Pena, Eva Longoria dan ramai lagi.

Ya! Seperti dalam kartun, Dora harus menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama binatang peliharaannya iaitu Boost tapi ada sedikit kelainan kerana ada unsur kekeluargaan, jalan cerita yang lebih menarik dan lebih mencabar!

Biasalah, bila dah masuk alam remaja pelbagai ujian dan konflik yang bakal dilalui untuk mematangkan seseorang. Dalam pada masa yang sama, dia juga harus menjalankan satu misi bersama sepupu rapatnya iaitu Diego. Hm, apalah misi dan konflik yang dihadapi oleh Dora dalam filem ni ye?

Jom saksikan bersama-sama dengan si manja bermula 8 Ogos 2019. Mesti mereka seronok! Selamat bersuka ria.

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna