Bukan Sekadar Mitos, Susu Rupanya Boleh Buat Muka Berseri Macam Pengantin Baru!

Siapa yang tak nak muka berseri sampai setiap orang yang pandang terus jatuh hati. Ada yang cakap, kalau duit kita banyak mesti tak ada masalah nak habiskan untuk mendapatkan rawatan yang hebat untuk kulit wajah.

Aha! jangan tak tahu. Bahan yang murah dan mudah macam susu sangat membantu keremajaan kulit wajah anda tau. Bukan hanya baik untuk anak-anak sahaja. Kalau anda pernah dengar, orang dulu-dulu selalu sebut mandi susu boleh memberi manfaat pada tubuh. Sebenarnya, ia tidak hanya sekadar mitos!

Menurut Boldsky, mandi susu boleh membuatkan kulit sihat merona dan melawan bermacam masalah kulit.

via GIPHY

Susu dan madu

Tak hanya sedap kalau dimakan. Ia juga sangat bagus untuk kulit yang kering. Kedua-dua bahan ini boleh melembutkan, melembapkan dan menenangkan kulit. Campur dua sudu susu, satu sudu madu dan gunakan kapas untuk sapukan di wajah. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air.

BACA: Mira Filzah Kongsi Tips Elak Wajah Breakout

Susu dan pisang

Pisang mengandungi bahan yang boleh membantu mengatasi hiperpigmentasi. Pisang juga mempunyai viramin A sehingga kulit cerah merona. Tumbuk pisang dan tambahkan susu. Kemudian letak campuran pada wajah dan leher dan biarkan selama 15 minit sebelum bilas.

via GIPHY

Susu dan oatmeal

Masalah kulit kerap berlaku akibat pori-pori tersumbat seperti jerawat dan jeragat. Oatmeal boleh bantu untuk membersihkan kotoran dan tutup pori. Dengan adanya susu, ia boleh menenangkan dan melembapkan wajah.

Susu dan kunyit

Kulit anda akan berkilau secara semulajadi dengan adanya susu dan kunyit. Gunakan kunyit dan susu kemudian jadikan sebagai mask. Letak di muka dalam 15 minit dan bilas.

BACA: Lihatlah Wajah-Wajah Gembira Pesakit COVID-19 Yang Sudah Pulih!

Susu, timun dan lemon

Bagi kulit kering dan kusam. Kombinasi susu, timun dan lemon sangat membantu mengatasi masalah ini. Vitamin yang ada pasa susu boleh menenangkan dan meningkatkan ketegangan kulit.

via GIPHY

Campurkan dua sudu susu, dua sudu timun yang dilenyek dan 2 hingga 3 titis lemon. Campurkan bersama dan letak pada wajah selama 15 minit sebelum bilas.

Namun kalau anda rasa macam renyah sebab banyak pula bahan nak kena tumbuk. Anda boleh pergi sahaja ke mana-mana rawatan facial wajah. Alang-alang Superdeals tengah buat promosi. Inilah masanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: CNN

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna