Bukan Saja Unik Dan Menarik, Hiasan ‘Kolam’ Di Pintu Masuk Lambang Kesejahteraan

Memang tak dapat dinafikan negara Malaysia memiliki keunikan tersendiri kerana mempunyai kepelbagaian kaum dan adat resam yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Setiap perayaan yang disambut akan menghidupkan lagi suasana di negara kita walaupun berlainan agama.

Tanpa pelita mungkin tidak lengkap perayaan yang disambut kerana Deepavali sendiri membawa maksud pesta cahaya. Mungkin anda sering melihat pelita akan dipasang dan dinyalakan di rumah kerana mereka percaya bahawa ia dapat mengatas unsur jahat selain memeriahkan lagi hari tersebut.

Image result for kolam deepavali

Sumber: rojakdaily

Dikenali Sebagai ‘Kolams’ Atau ‘Rangoli’

Untuk pengetahuan anda, Deepavali adalah salah satu perayaan yang disambut sebagai tanda kemenangan kaum atas kematian seorang raja yang mempunyai sifat jahat dan sering menindas rakyat pada suatu masa dahulu. Jadi daripada kejadian tersebut mereka dapat menyimpulkan bahawa setiap kebaikan yang dilakukan akan mengatasi kejahatan. Apa yang lagi menarik sewaktu perayaan ini, mungkin akan dapat lihat di kawasan rumah atau pusat beli belah dihiasi dengan “kolam” atau “rangoli” iaitu hiasan lantai berwarna yang diperbuat  daripada beras.

Di kesempatan yang ada, Donna sempat bergabung tenaga untuk hasilkan Kolam kami sendiri. Jom lihat video di bawah:

Bila masuk sahaja di pintu hadapan, tersergam indah kesenian hiasan lantai yang melambangkan sebagai tanda selamat dan rahmat agar setiap isi rumah akan mendapat kesejahteraan. Kemahiran membuat kolam ini telah diwarisi secara turun-temurun dan mengikut sesetengah kepercayaan beras digunakan untuk dijadikan makanan bagi semut. Jadi binatang tersebut tidak perlu cari makanan di tempat lain kerana di hadapan rumah sudah mempunyai beras yang tersedia ada.

Image result for kolam deepavali

Sumber: imgur

Bermotifkan Tumbuhan

Walaupun ianya agak sukar untuk dilakukan, tetapi penganut agama Hindu sangat kreatif kerana mereka dapat melakukan ia dengan bermotifkan tumbuhan serta mainan warna yang terang menjadikan setiap hiasan lantai lebih cantik. Bagi anda yang mempunyai jiran atau rakan kaum India, ambil peluang untuk mengenali dan belajar adat mereka agar hubungan sebagai masyarakat harmoni dapat dibina.

Image result for laddu

Sumber: poonam

Hidangan Makanan Tradisional

Hari Deepavali ini bukan disambut buat penganut Hindu sahaja malah menurut kepercayaan mereka mahkluk lain di dunia seperti semut diraikan sebagai tanda ucapan selamat datang kepada para tetamu. Seakan-akan sambutan Hari Raya, aktiviti kunjung mengunjung rumah saudara juga turut dipratikkan dan kebiasaannya tuan rumah akan menghidangkan makanan tradisional seperti halwa dan laddu.

Mungkin ada di antara anda yang kurang memahami tentang sambutan perayaan ini, jadi diharapkan agar perkongsian ini membantu anda untuk mendekati dengan lebih mendalam tentang kaum India di Malaysia. Bak kata pepatah ‘perbezaan dirai, kemeriahan dikongsi’ barulah hubungan kemasyarakatan saling kukuh dan harmoni.

 

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Bukak Je Peti Ais Mesti Bau Busuk! Nah Pakai Barang Dapur Je Untuk Hilangkan Bau

Sumber: scrib

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna