Bukan Rendam & Berus Semata, Ini Teknik Sental Baju Guna Tangan Dengan Betul

Selalunya bila mana-mana pakaian yang tak boleh nak cuci menggunakan mesin basuh, cara keduanya adalah rendam dan berus. Tapi, perasan tak kadang-kala baju yang kita rendam dan berus tu terkeluar juga warna, benang masih tercarik, kain jadi kembang dan segala labuci atau hiasan atas baju habis tercabut, alahai!

Sedih bila tengok baju yang baru je dua tiga kali pakai dah mula rosak. Sudahlah beli mahal, rosak pula tu. Silap-silap kita salahkan jenama baju tu pula. “Harga mahal tapi kualiti yilek!”. Lah! Janganlah macam tu. Entah-entah , cara kita sental baju tu yang salah. Mana tahu kan?

via GIPHY

Nak tahu betul ke tak cara kita cuci tu, jom semak turutan dan teknik basuh baju guna tangan yang sebenar menurut Pakar Fabrik Gwen Whiting dan Lindsey Boyd.

Kumpulkan kesemua baju yang nak disental – Penuhkan besen, sinki atau bakul dengan air suam. Maknanya molekul air tak terlau panas dan tak terlalu sejuk. Ha, suhu air pun main peranan juga tau.

Sumber: betterhomeandgarden

Asing dan rendam – Bila dah penuhkan air tu, masukkan sabun pencuci serta kesemua baju dan biarkan sehingga 30 minit. Sebelum tu asingkan pakaian mengikut warna. Jangan campurkan. Mana baju warna putih, satukan. Mana baju warna terang, satukan. Kalau campurkan, sama je basuh guna mesin basuh.

Sental – Lepas 30 minit direndam, sental kesemua baju. Pastikan baju dalam keadaan terbalik. Mana tahu ada labuci, nanti ralit menyental, tercabut pula labuci atau aksesori yang lain. Waktu menyental, pastikan sental di bahagian kotor saja seperti bahagian ketiak atau yang terkena kotoran. Tak perlu sental disetiap inci pakaian. Hidup perlu bijak.

Sumber: istock

Sidai – Dah cuci, mestilah nak kena keringkan. Perah dan sidai je seperti biasa. Oh ya! Pastikan perah kain tidak terlalu kuat kerana takut struktur fabrik mengembang. Jangan sidai di kawasan yang tertutup pula, kepam nanti.

4 langkah yang mudah! Semoga memberi manfaat kepada anda. Untuk bacaan artikel yang lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel di sini: 5 Langkah Cara Basuh Pakaian Bayi Dengan Betul , Kenali Setiap Jenis Nama Pakaian Baju Anda

Nota kaki: Jangan sesekali menggunakan pewangi ke dalam basuhan baju yang nak disental. Fabrik pakaian akan terjejas. Dapatkan banyak fesyen pakaian terkini lebih menarik di Poplook.

 

 

 

 

 

 

Sumber: Martha Stewart

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Comments

    • nadia
    • 21 August 2019
    Reply

    Hye Donna, ada tak tips nk hilangkan kesan minyak yang melekat pada tudung/shawl hasil dari makeup foundation.? Thx Donna

      • Afiqa Sarif
      • 22 August 2019
      Reply

      Nanti kami carikan info ye 🙂

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna