Bukan MLM, Ini Cara Lain Untuk Duit Terbang Ke Poket Kita

Alahai duit keluar macam air, tapi masuk macam kura-kura. Susahlah macam ni,”

Dulu, ramai yang mempercayai Multi Level Marketing (MLM) di mana kononnya siapa saja melabur duit dalam pemasaran sistem piramid ini, akan meraih keuntungan duit yang berkepuk-kepuk dalam masa yang singkat. Siapa tak nak kan?

Tapi, oleh kerana zaman sekarang ini ramai yang sudah berfikiran kehadapan dan menyedari cara ini sebenarnya tidak mendatangkan hasil. Ramai yang menarik diri dan mula berfikir mencari duit dengan cara yang lain. Jadi, bagaimana untuk mencari alternatif lain selain dari melabur dalam sistem piramid?

via GIPHY

Mudah saja, cuba ikuti langkah di bawah ini untuk lihat sebanyak mana duit anda mampu masuk seperti air pada setiap bulan dan setiap hari!

  1. Rajinkan diri buat freelance

Kalau anda pandai cari kerja freelance, anda akan jumpa banyak syarikat yang ingin mengajikan bukan pekerja tetap kerana mungkin syarikat mereka masih tidak stabil lagi. Jadi, daripada menghabiskan masa lapang anda dengan perkara yang tidak berfaedah, lebih baik anda lakukan kerja freelance ini pada waktu malam atau waktu senggang.

Contoh, pada waktu siang anda seorang Barista dan pada sebelah malam anda menulis artikel di rumah untuk mana-mana majalah. Untung-untung dapat juga duit masuk dalam poket!

Bukan itu saja, pastikan kerja freelance anda tidak membebankan anda untuk bekerja keesokkan harinya. Cari kerja yang buat dari rumah. Senang untuk anda, selepas saja balik dari kerja pada sebelah petang anda boleh balik rumah terus dan buat kerja freelance sambil menguruskan kerja-kerja rumah. Mungkin agak penat sedikit tapi, ingatlah! Tiada benda yang senang untuk senang.

via GIPHY

2. Cari apa bakat anda untuk dijual

Setiap individu pasti ada kelebihan masing-masing dan sudah semestinya setiap orang bakatnya berbeza. Tipulah siapa yang kata dia tidak mempunyai kelebihan kerana ia merupakan kemampuan yang dimiliki oleh kerana minat atau dikurniakan oleh Allah sejak dari perut ibu lagi. Terpulang pada individu tersebut mahu gunakan sebaik yang mungkin atau tidak.

Jadi, jika anda sudah menjumpai bakat anda. Apa kata anda jual bakat yang anda ada. Contohnya, jika anda pandai melukis, jual hasil lukisan anda atau mengambil upah kepada siapa yang inginkan anda melukis sesuatu. Jika anda tahu dalam bidang kemera atau penyuntingan, jual bakat anda dengan mengambil upah gambar atau video majlis keramaian. Jika anda pandai menjahit atau memasak, gunakan bakat tersebut untuk menjana pendapatan anda! Jangan hadkan diri anda.

Dengan bakat anda, anda mungkin boleh jadi jutawan. tengok saja jutawan kosmetik Malaysia kita iaitu Dato’ Aliff Syukri. Dia menggunakan bakatnya sebaik yang mungkin dalam bidang perniagaan sehingga dia berada pada tahap sekarang. Hebat bukan?

Sumber: finder.com

      3. Jual koleksi atau baju yang masih elok dan tidak diguna

Golongan wanita sering menghadapi masalah lebihan baju di dalam almari. Mana tidaknya, asal nak keluar berjalan mesti mengeluh kata tak ada baju, padahal dalam almari berdozen-dozen baju tergantung yang baru saja sekali dua pakai. Bukan itu saja, beg tangan, dompet, tudung dan kasut juga banyak berlebihan di bilik!

Jadi, jangan pening-pening kepala. Apa kata anda asingkan mana baju yang anda nak pakai dan tak pakai lagi. Kemudian, jual pada orang lain dengan harga lebih murah mengikut kesesuaian. Kalau baju tu anda sudah guna hanya sekali dua, potong 30 peratus dari harga asal. Begitu juga sebaliknya, dan pastikan baju yang anda jual semuanya dalam kondisi yang masih baik.

Malah, dengan perkembangan teknologi sekarang, anda boleh menggunakan internet dengan meluaskan jaulan anda melalui media sosial. Mudah bukan untuk dapatkan semula pulangan dari pembelian pakaian anda tu semua? Jadilah manusia yang bijak!

Sumber: popmama

      4. Jual beli emas

Seperti anda tahu, harga emas di pasaran tidak pernah susut. Jadi belilah sekurang-kurangnya segram sebab ia tetap akan mendatangkan keuntungan. Jadi, ketika anda mempunyai duit lebih, beli emas terus untuk simpanan pada masa akan datang. Pastikan ketika anda ingin menjual semula emas anda, waktu itu harga emas melambung naik.

Walau bagaimanapun, anda harus berhati-hati kerana sekiranya tiada perakuan atau pengesahan patuh syariah oleh panel syariah yang berwibawa, anda perlu menjauhi dari aktiviti jual beli pelaburan emas tersebut.

Sumber: moneycontrol

      5.  Menjadi agen dropship

Sekiranya anda suri rumah yang sudah mahir menggunakan aplikasi Facebook atau pun Instagram, ini merupakan bonus buat anda kerana anda berpeluang untuk memilih dan mencari stokis yang sedang mencari agen dropship untuk sama-sama menjana pendapatan. Melalui cara ini, anda bukan sahaja bakal memperoleh wang, malah anda juga sekaligus bakal menerima ilmu pemasaran. Lebih-lebih lagi sekarang ini banyak stokis yang mencari agen dropship kerana pembelian secara atas talian sudah menjadi trend.

Jadi, buat kepada yang mahir dengan selok belok dunia internet, anda akan tahu bagaimana buat duit dari rumah dan cari duit tambahan hanya dari rumah saja! Lebih-lebih lagi kepada yang mahir berbahasa Inggeris, tahniah diucapkan kerana peluang untuk anda menjana pendapatan adalah lebih luas. Nak tahu kenapa? Anda mungkin berpeluang menerima klien luar negara yang bakal membayar servis dalam matawang USD!

Selamat mencuba!

Sumber: remaja

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna