Bukan Layan Macam Orang Dewasa! Ketahui Cara Betul Bercakap Dengan Anak Anda

Marah pada anak macam mana sekali pun pasti diakhirnya anda kembali dengan senyuman kerana mereka anugerah yang tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit. Ada yang jenis duduk diam dan ada pula yang banyak kerenah. Sedar atau tidak ada sesetengah ibu bapa yang menggunakan cara salah ketika berkomunikasi dengan mereka.

Penting sebagai ibu bapa menitikberatkan dan memahami tentang perbezaan berkomunikasi dengan orang dewasa dan anak-anak kerana setiap kali berlakunya proses komunikasi ia secara tidak langsung memberi kesan kepada tingkah laku mereka secara luaran. Tak boleh main cakap sahaja kalau kena cara yang betul mesti anak-anak akan dengar cakap anda betul tak?

Jom lihat perkongsian di bawah bagaimana cara tepat untuk bercakap dengan anak anda.

Image result for talk with kid

Sumber: today’sparent

Eye Contact

Apabila bercakap dengan anak pastikan eye level sama dengan mereka. Perkara ini sangat penting tetapi ramai yang ibu bapa yang menganggap ianya remeh. Ini kerana bila pandang terus ke mata, anak anda akan mempunyai tumpuan dan fokus yang lebih baik. Bayangkan jika anda bercakap dengan anak sambil pandang dan buat kerja lain, fokus mereka pada objek yang mereka pandang.

Apa Yang Patut Anda Lakukan?

Jika anak anda menangis, apa yang si ibu boleh lakukan adalah panggil nama mereka dan tunggu. Bila anak mula pandang anda jangan terus beri arahan sebaliknya si ibu pula turun ke bawah bagi menggunakan teknik eye level supaya mereka mudah untuk ditegur, patuh dan buat.

Elakkan bercakap dan beri arahan ketika berjalan dengan mereka kerana kaedah tersebut tidak berkesan. Sebenarnya banyak lagi cara tip berkesan untuk berkomunikasi dengan anak akan kami kongsikan. Tunggu artikel berikut di Donna okay?

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Kanak-Kanak Tidur Bergelimpangan Di Kaki Lima, Orang Awam Kurang Memahami Isu Gelandangan Ini

Anak Enggan Ke Sekolah? Mungkin Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Ibu Bapa

 

 

 

 

 

Sumber: baituljannah

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna