Bukan Lagi Seperti Dulu, Kini Desaru Kota Tinggi Banyak Tempat Yang Menarik!

Masih ada lagi yang tak tahu Desaru ada banyak tempat menarik…”

Itulah bait kata salah seorang pemandu pelancong Johor Bahru. Biasalah, ramai yang lebih tertarik dengan tempat-tempat viral di media sosial. Bila dah sorang kata seronok, confirm 100 orang akan serbu tapi bila dah pergi, mungkin ada yang berpendapat tempat tu agak mengecewakan.

Bukan apa, kalau boleh nak la pergi tempat yang seperti dikhabarkan. Jadi, kami terpanggil untuk berkongsi dengan anda salah satu tempat di Johor yang mungkin anda sendiri tak sangka kawasan tu ada banyak tempat menarik dan sesuai untuk keluarga dan pasangan yang baru berkahwin.

Maklumlah, kawasan ni agak pendalaman dan jarang pengunjung tahu kewujudan tempat ini. Baru-baru ini, kami telah dibawa pusing sekitar Kota Tinggi, Johor oleh pihak Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora).

Di sana, kami melihat banyak keindahan alam. Bagi yang sukakan alam semulajadi dan pemandangan yang cantik, Kota Tinggi adalah tempat yang tepat! Antara tempat menarik yang anda boleh lawati adalah….

Koref Desaru Leisure Farm

Menurut pemilik Koref Desaru Leisure Farm, mereka menanam pelbagai pokok buah-buahan seperti durian, nangka, durian belanda, pisang, nenas dan banyak lagi. Malah, mereka turut menanam lebih 50 jenis herba, antaranya kacip fatimah, misai kucing, tongkat ali dan bermacam lagi.

Kepada yang ingin membeli atau melihat sendiri pokok-pokok ini ditanam, anda boleh datang ke sini dan juga boleh menginap di sini. Suasananya memang jauh dari hiruk-pikuk bandar, di sini anda dikelilingi dengan suasana hutan dan kicauan burung. Boleh bayangkan tak? Nyaman bukan?

Penternakan Belangkas

Mungkin ada yang pernah dengar belangkas tidak boleh dimakan kerana dia adalah spesis dua alam tapi menurut kajian yang dilakukan, belangkas boleh dimakan kerana spesis ini hidup di gigi air tidak kurang dari 2 minit saja. Jadi belangkas juga dikatakan spesis ketam.

Kalau nak pergi ke kawasan penternakan belangkas, anda perlu meredah Kampung Belukar Durian dengan menaiki bot selama 30 minit. Jangan risau, belukar yang anda lalui bukan sebarang belukar kerana warna airnya sangat cantik. Biru Turquoise dan hijau.

Bujang boat firefly

Kalau dekat bandar, memang susah nak jumpa kunang-kunang. Kena pergi tempat pendalaman baru dapat jumpa spesis ni. Tapi, kalau dah alang-alang bercuti di Kota Tinggi Johor, apa kata singgah je terus dekat Bujang Boat Firefly ni. Sambil makan, boleh layan karaoke atas bot seterusnya melihat spesis kunang-kunang.

Sebelum tu, kami nak pesan kalau nak rakam lampu kunang-kunang menggunakan telefon pintar peluang untuk dapat gambar yang jelas tu agak tipis. Kebanyakkan yang datang dan mengambil gambar menggunakan kamera DSLR je yang dapat menangkap pencahayaan kunang-kunang. Jadi, kalau pergi sini manfaatkanlah saat-saat indah bila mata anda melihat kunang-kunang kerana anda mungkin akan merindui spesis ni nanti.

Sea Horizon

Di sini anda boleh melihat menikmati pemandangan cantik dari dalam glamping yang berbentuk kubah. Sangat cantik dan selesa. Waktu malam, anda akan ditemani dengan deruan ombak pantai, pada sebelah pagi pula anda boleh menikmati keindahan matahari terbit dan pada lewat petang anda boleh melihat matahari terbenam.

Oh! Menariknya lagi di sini mereka sangat dekat dengan Koref Desaru Leisure Farm dan juga Pantai Tanjung Buloh yang jaraknya lebih kurang 15 minit saja.  Kalau memang mood honeymoon, bolehlah berjalan-jalan dengan pasangan di tepi pantai untuk melihat sendiri batu-batu kecil yang dibuat hiasan dinding

Muzium Johor lama

Nampak tak rumah tradisional lama ni? Apa yang uniktnya, mereka bina rumah ini menggunakan cara orang melayu lama iaitu mendirikan tidak menggunakan paku. Hanya pasak dan tanggam saja. Menariknya lagi, tapak mendirikan rumah ini adalah salah satu tapak istana dan dihadapannya pula tapak peperangan.

Kalau anda masuk dalam muzium johor lama ni, anda dapat melihat kepelbagaian jenis keris, set alas meja mengkuang, periuk, gelas dan dulang yang diperbuat daripada tembaga serta melihat gambaran wajah dan mengetahui asal usul sultan sejak 1528 dan juga kisah Tun Seri Lanang yang sangat tragis.

Pantai Tanjung Buluh

Pantai Tanjung Buluh terletak di Sedili Kechil, Daerah Kota Tinggi. Dulunya tidak mendapat sambutan tapi selepas kerja-kerja penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang dan dibuka untuk orang ramai pada awal Januari 2020, lama-kelamaan pengunjung luar negara datang berkunjungan.

Suasana di situ sangat nyaman dengan bunyi deruan ombak yang kuat serta pukulan angin pantai yang boleh buat anda tak nak keluar dari kawasan pantai ni.

Taman Buaya

Bagi mereka yang ingin melihat buaya tembaga agresif depan-depan. Taman buaya di Kota Tinggi ni sangat tepat. Bayangkan sebuah kolam dapat memutkan 180 ekor buaya. Kalau anda ke sana, anda akan dapat melihat pelbagai saiz buaya tembaga.

Paling kecil berusia 19 bulan dan anda juga berpeluang melihat buaya kurang upaya seperti tidak mempunyai ekor, tidak mempunyai kaki atau matanya buta. Pergi di sini, memang sangat berbaloi kerana kesemua buaya ternakannya gemok-gemok dan sihat-sihat belaka.

Desaru Fruit Farm

Selain daripada Koref Desaru Leisure Farm, di sini juga anda boleh merasai kepelbagaian buah-buahan tempatan yang segar tapi beza Desaru Fruit Farm dan Koref adalah Desaru Fruit Farm tidak mempunyai tempat penginapan dan menariknya di sini mempunyai ladang sebesar 100 hektar ladang pokok buah yang mempunyai lebih 100 jenis buah.

Serta mini zoo yang memuatkan pelbagai ternakan jinak seperti angsa, itik, arnab, kambing, ayam dan macam-macam lagi. Selain itu, anda juga boleh membeli buah segar dan buah tangan seperti coklat, keropok yang berperisa buah-buahan. Jangan risau, harga disini berpatutan malah jauh lebih murah daripada harga biasa.

Ha, macam mana? Dari gambar dan penerangan dari pengalaman kami sendiri ke sana ni mesti anda semua dapat bayangkan sebuah pecutian yang best kan? Kami jamin, selepas anda ke sini mesti anda akan tersenyum seorang diri. Selamat bercuti!

 

 

Untuk bacaan artikel lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Sweet Sampai Ke Korea!” – Gambar Percutian Zahiril Adzim Dapat Tumpuan Netizen

Kalau Bercuti Dekat Adelaide Australia, Restoran Halal Apa Je Yang Ada?

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna