“Bukan Kerja Kita Nak Jaga Iman Orang Lelaki,”-Wardina Buka Mulut!

Setelah perbualan Fynn Jamal bersama Caprice di laman Instagram beberapa hari lepas berlangsung dengan meriahnya, semalam penyanyi lagu Arjuna Beta itu mengadakan satu lagi diskusi di laman Instagram dengan beberapa individu. Apa yang menariknya, antara individu yang muncul semasa sesi diskusi itu ialah Wardina Safiyyah.

Kemunculan Wardina di Instagram Fynn  memang memberikan beberapa sudut pandang sehingga membolehkan penonton memahami sudut pemikiran daripada dua orang wanita yang berbeza.

BACA: Kalau Level Nafsu Lelaki Macam Buaya, Tetap Caprice Akui Sukar Fahami Logik Fynn

 

View this post on Instagram

 

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Dalam sesi Instagram Live semalam, Wardina menasihati Fynn bahawa isu rogol ialah perkara yang sangat kompleks dan sebaiknya ia tidak diselesaikan dengan perbincangan di laman sosial yang boleh mengundang pelbagai intepretasi dan salah faham.

“Kita tidak hidup dalam hidup yang ideal. Tak semua orang hidup tutup aurat. Kalau kita tutup aurat, ada orang lain juga yang tak tutup aurat. Isu rogol ini pun dah terjadi sebelum munculnya media sosial. 

Ada banyak sebab juga kenapa seseorang itu menjadi perogol. Kadangkala mereka pernah dirogol, ada isu psikologi. Jadi, jangan cakap perkara yang boleh buat orang salah faham,” kata Wardina.

BACA: Apa Nak Buat Kalau Anda Dirogol Oleh Seorang Tweet Famous

Sumber: National Herald

Manakala menurut pemahaman Fynn, sesuatu perlu dilakukan walaupun dunia ini tidak ideal.

“Apa yang saya buat ini lebih kepada cara nak elak dirogol. Saya tak boleh hentikan orang merogol, jadi perempuan  kena jaga diri daripada menjadi mangsa dengan berpandu kepada Al Quran, Sunnah, dan jaga aurah,” ujar Fynn pula.

Namun Wardina membidas pandangan Fynn dengan menyatakan bahawa perogol yang kena jaga iman supaya tak merogol.

“Bukan kerja kita nak jaga iman lelaki. Letaklah orang peremuan bogel depan lelaki pun, dia kena jaga iman dia,”

Wardina berpendapat dalam dunia yang sekarang, sepatutnya kita boleh membiarkan anak-anak perempuan kita bergerak dengan selamat tanpa rasa takut kalau-kalau dirogol.

Sumber: Ahmadiah.org

Maka, penting juga untuk mendidik kaum lelaki agar boleh melindungi dan menjaga kaum wanita. Isu rogol ini sangat kompleks dan ia tidak wajar dicampur aduk dengan perkara-perkara seperti filter instagram, hukum upload gambar dan larangan keluar rumah bersendirian.

Semua orang bebas memberikan pendapat dan ia juga bergantung kepada pengalaman dan ilmu yang diperoleh. Ada yang bersetuju dengan pandangan Fynn manakala ada juga yang bersetuju dengan apa yang dikatakan Wardina. Perbincangan mereka sangat menarik dan seronok untuk melihat bagaimana para wanita memiliki pandangan dan pendirian masing-masing.

Anda pula bagaimana?

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna