Bukan Kerana Orang Ketiga Tapi Disebabkan Mertua Musnah Rumah Tangga Wanita Ini

Hari demi hari ada je masalah rumah tangga yang tidak pernah lekang di mulut masyarakat yang sering persoalkan apa sebenarnya punca ianya boleh berlaku. Wujudnya orang ketiga pasti akan menimbulkan perselingkuhan antara pasangan atau jika diuji dengan kesempitan wang mungkin akan menggugat sehingga ia menjadi punca keretakan rumah tangga.

Tapi bagaimana pula jika mertua adalah sebab anda dan pasangan bercerai dan tidak lagi sehaluan? Dalam hubungan sememangnya ia perlu dibentuk dengan asas agama dan meletakkan kepercayaan di antara satu sama lain agar ia menjadi tiang keteguhan untuk suami isteri mengharungi perjalanan alam perkahwinan yang penuh onak dan duri.

Wanita ini dikenali sebagai Lydia amat terbuka untuk berkongsi sedikit pengalaman pahitnya apabila dia seperti ‘kambing hitam’ dalam rumah tangga kerana setelah sekian lama menyimpan perasaan derita akibat perbuatan mertuanya dan dengan cara ini mungkin dapat memberi pengajaran dan iktibar buat para isteri di luar sana.

Image result for get married

Sumber: her

Demi Jaga Hubungan Kami Bernikah 

Menurut Lydia, dia dan bekas suaminya berkahwin di atas pilihan mertua dan duduk sebumbung demi menjaga hubungan dan nama baik agama. Pada awalnya dia terima baik oleh keluarga tetapi disebabkan suami Lydia adalah anak sulung, segala perintah atau apa sahaja arahan daripada ibunya akan dituruti.

“Minggu kedua dan seterusnya dah jadi lain, ibu mertua saya mula campur tangan dalam hal urusan rumah tangga saya memang tak selesa. Nak berjalan berdua dengan suami sendiri salah, makan berdua pun salah. Jika diikutkan tiada satu pun perkara yang betul baginya.”

Dia pernah ajak berbincang dengan suaminya tetapi ia tidak berakhir dengan penyelesaian yang baik, malah suami Lydia menganggap perkara tersebut remeh dan tidak penting. Lydia turut kecewa kerana bekas suaminya berkata bahawa dia perlu taat segala arahan kerana dia adalah syurga buatnya.

Suami Langsung Tidak Pertahan Maruah Isteri 

Tidak berakhir dengan itu, keadaan menjadi lebih teruk sehingga Lydia terpaksa ditahan ke hospital akibat berlakunya pendarahan yang amat teruk. Setiap kali dia menangis dan mengadu pada suaminya, dia dituduh sebagai seorang isteri yang manja dan tidak pandai berdikari.

” Saya kena tahan di hospital pun mertua saya marah, kerana bagi dia saya telah menyusahkan anaknya nak bekerja. Bekas mertua saya sangat mementingkan duit.”

Ibu mertua Lyida merasakan bahawa kurniaan seorang cucu tidak penting malah ia akan menjadi beban. Hidup perlukan duit yang banyak dan mentaliti tersebut memang tidak dapat diubah sejak dulu lagi.

Image result for husband ignore wife

Sumber: crank

Suami Layan Saya Seperti Kain Buruk 

Sebagai seorang suami tidak salah untuk mempertahankan ibu sendiri tetapi jangan pernah lupa bahawa tugas suami juga adalah untuk melindungi isteri dan menjaga nama baiknya. Kejadian seperti ini sering berlaku namun para suami harus sedar bahawa ada perkara yang perlu dipatuh dan ada perkara yang tidak.

“Semua perkara yang berlaku, suami saya salahkan saya. Saya diibaratkan seperti kain buruk di mana maruah saya dipijak-pijak oleh suami sendiri demi pertahankan ibunya. Nafkah langsung tak beri kerana ibu mertua saya tidak beri keizinan.”

Perjalanan rumah tangga Lydia diakhiri dengan penceraian yang amat menyedihkan. Dunia akhir zaman, walaupun ramai yang mewawarkan untuk bercinta selepas nikah tetapi penting sebagai seorang wanita mengenali bakal suami dan keluarganya terlebih dahulu kerana rumah tangga yang kekal akan bergantung kepada siapa yang pengemudinya.

Donna harap agar kisah ini sedikit sebanyak memberi anda iktibar untuk lebih kuat bagi menempuh di alam perkahwinan.

 

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini:

Suami Wajib Cuba! Ini Tip ‘Foreplay’ Untuk Gembirakan Pasangan Ketika Bersama

 

 

 

Sumber: mynewshub 

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna